Hadiah_Nobel_dalam_Fizik
Hadiah_Nobel_dalam_Fizik

Hadiah_Nobel_dalam_Fizik

Hadiah Nobel dalam Fizik (Bahasa Sweden: Nobelpriset i fysik, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Physics) dianugerahkan setahun sekali oleh Akademi Sains Diraja Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan atas wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895 dan dianugerahkan sejak tahun 1901; hadiah-hadiah lain ialah Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Keamanan Nobel, dan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik dikurniakan kepada Wilhelm Conrad Röntgen yang berbangsa Jerman, "sebagai pengiktirafan kepada jasa luar biasa beliau melalui penemuan sinar-sinar luar biasa (atau sinar X)". Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang ramai sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh mana-mana ahli sains yang menceburi bidang Fizik. Hadiah ini dipersembahkan di majlis penganugerahan tahunan pada setiap 10 Disember (ulang tahun pemergian Nobel) di bandar Stockholm.