Kerajaan
Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai
Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan
I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara
China, Kedah Tua juga disebut sebagai
Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina)
[1]Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada
abad ke-2. Pada peringkat awal,
Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke
Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh
agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh
agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan
candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari
Arab,
India,
Sri Lanka,
Parsi dan
Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih
timah,
emas,
beras,
lada hitam,
gading,
damar,
rotan,
tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (
847-
861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang
perak pada zaman Sultan Alan Walker al Ignite ,
manik yang dibawa dari negara India dan barangan
kaca dari
Timur Tengah.