Kedai_kopi
Kedai_kopi

Kedai_kopi

Kedai kopi ialah sebuah tempat yang pada asasnya menyediakan minuman kopi ataupun minuman panas lain. Ia berkongsi beberapa ciri dengan sebuah bar, dan sebuah restoran, tetapi ia berlainan dari sesebuah kafeteria. Ia turut dikenali sebagai kafe, iaitu dari perkataan (Bahasa Perancis: café) secara harfiahnya adalah (minuman) kopi, tetapi kemudian menjadi tempat untuk minum-minum yang bukan sahaja kopi, tetapi juga minuman lain termasuk minuman yang beralkhohol. Seperti digambarkan namanya, kedai kopi tertumpu kepada penghidangan minuman kopi dan teh dan juga makanan ringan. Banyak kedai kopi di Timur Tengah dan di kawasan penempatan pendatang Asia Barat di dunia Barat turut menyediakan shisha (nargile dalam bahasa Turki dan Greek), dengan variasi perisa yang diadun bersama tembakau lalu dihisap melalui sebuah hookah. Dari suatu pengamatan budaya, kedai kopi banyak memberi khidmat sebagai pusat interaksi sosial: kedai kopi dilihat memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul, berbual, menulis, membaca, menghibur satu sama lain, atau membuang waktu, sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kedai_kopi http://othes.univie.ac.at/2016/ http://othes.univie.ac.at/2016/1/2008-10-20_700222... http://investorshub.advfn.com/boards/board.aspx?bo... http://books.google.com/books?id=1qctAQAAIAAJ%7Cac... http://books.google.com/books?id=7FQRrbUMojcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Ikb8zMXSViMC&pg=P... http://humboldtcoffee.com/History.htm http://masstraveljournal.com/page/quick-facts/amer... http://www.nestleprofessional.com/uk/en/SiteArticl... http://www.oxforddnb.com/view/article/92862