Format Kedai_kopi

Variasi antarabangsa

Timur Tengah

Kedai kopi di DamsyikKedai kopi di Palestin, c.1900.

Di Timur Tengah, kedai kopi (al-maqhā dalam bahasa Arab, qahveh-khaneh dalam bahasa Parsi, kahvehane atau kıraathane dalam bahasa Turki) berfungsi sebagai tempat pertemuan sosial orang lelaki. Kaum lelaki berkumpul di kedai kopi bagi meminum kopi (selalunya kopi Arab atau teh, mendengar muzik, membaca buku, bermain dam, catur dan backgammon, dan mungkin juga mendengar deklamasi daripada Shahnameh dan karya-karya seumpamanya.

Di Mesir, kedai kopi disebut 'ahwah dalam bahasa basahan, yakni sebutan dialek bagi قَهْوة qahwah (harfiah, "kopi")[17][18] ’Ahwah pertama dibuka sekitar tahun 1850-an dan pada asalnya dilanggani oleh orang berumur; para belia mengunjung, tapi tidak membeli. Pada tahun 1920-an kedai kopi dikaitkan dengan kelab Kaherah, bursa Iskandariah dan gharza (kedai kopi kampung). Pada awal abad ke-20 juga, beberapa kedai kopi menjadi tempat penting buat perdebatan politik dan sosial.[17]

Eropah

Di United Kingdom, peranan kedai kopi tradisional sebagai tempat perjumpaan buat kaum muda merosot selepas tahun 1960-an, akan tetapi konsep itu disegarkan semula semenjak tahun 1990-an dengan rangkaian kedai kopi seperti Starbucks, Coffee Republic, Costa Coffee dan Caffè Nero sebagai tempat para profesional berkumpul untuk bertemu, makan atau membeli minuman dan makanan.

Di Perancis, sebuah kedai kopi atau café juga menyediakan minuman beralkohol. Cafe Perancis sering menghidangkan snek seperti sandwic. Cafe juga mungkin memiliki bahagian restoran. Sebuah brasserie ialah cafe yang menghidangkan makanan, lazimnya makanan ringkas, dalam keadaan yang lebih santai berbanding restoran. Sebuah bistro pula ialah sebuah cafe / restaurant, terutamanya di Paris. Namun, selepas era Kesedaran kedai kopi sukar dibezakan daripada bar (tempat minuman keras) kerana mereka berhenti menjadi tempat berkumpul popular buat para saintis dan falsafah, dan diganti dengan taman teh yang mempunyai fungsi yang amat berlainan.

Di beberapa wilayah Belanda di mana penjualan ganja dibenarkan, banyak kedai ganja digelar kedai kopi. Kebanyakan kedai ganja juga menjual minuman tanpa alkohol.

Asia Timur, Asia Tenggara & Oceania

Kedai kopi di Angeles City, Filipina

Di Malaysia dan Singapura, kedai kopi tradisional digelar kopi tiam. Perkataan itu ialah kata lakur perkataan Bahasa Melayu bagi "kopi" dan dialek Hokkien bagi kedai ((咖啡店; POJ: tiàm). Menu tipikal menawarkan hidangan ringan: makanan berlandaskan telur, roti bakar, dan seri kaya, tambah kopi, teh, dan minuman Milo, sejenis minuman coklat malt yang amat popular di Asia Tenggara dan Australasia, terutamanya Malaysia dan Singapura.

Di China, rangkaian kedai kopi domestik yang baharu ditubuhkan dapat dilihat sebagai melayan mereka yang gemar menunjuk-nunjuk, dengan harga kopi lebih tinggi daripada Barat.

Di Filipina, kedai kopi seperti Starbucks tersebar luas di kawasan-kawasan tempat terdapat profesional kelas atas dan menengah terutamanya di Makati.

Di Australia, kedai kopi lazimnya dipanggil cafe. Kemasukan pendatang Itali semenjak Perang Dunia Kedua memperkenalkan mesin kopi espreso di Australia pada tahun 1950-an, dan terdapat peningkatan budaya cafe di negeri itu. Terdapat peningkatan mendadak bagi kopi khusus tempatan, khusunya kopi flat white (kopi susu), terutamanya di bandar Melbourne, ekoran kemunculan budaya hipster, penuntut, atau artis, pada dasawarsa lepas.

Rujukan

WikiPedia: Kedai_kopi http://othes.univie.ac.at/2016/ http://othes.univie.ac.at/2016/1/2008-10-20_700222... http://investorshub.advfn.com/boards/board.aspx?bo... http://books.google.com/books?id=1qctAQAAIAAJ%7Cac... http://books.google.com/books?id=7FQRrbUMojcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Ikb8zMXSViMC&pg=P... http://humboldtcoffee.com/History.htm http://masstraveljournal.com/page/quick-facts/amer... http://www.nestleprofessional.com/uk/en/SiteArticl... http://www.oxforddnb.com/view/article/92862