Sejarah Kedai_kopi

Empayar Uthmaniyah dan Timur Tengah

Tukang cerita (meddah) di sebuah kedai kopi Empayar Uthmaniyah

Periwayat Uthmaniyah, İbrahim Peçevi menulis (1642-49) tentang pembukaan kedai kopi pertama di Istanbul:

Sehingga tahun 962 H (1555 M), di kota Besar dan Kota yang dipelihara Tuhan Kostantiniyye (Istanbul), dan negeri Uthmaniyah amnya, kopi dan kedai kopi tidak wujud. Pada lebih kurang tahun itu, seorang bernama hakam dari Aleppo dan seorang yang suka melawak bernama Shams dari Damsyik datang ke bandar itu; mereka berdua membuka kedai besar di daerah Tahtakale, dan mula menjual kopi.[1]

Berbagai legenda berkenaan pengenalan kopi di Istanbul di "Kiva Han" pada lewat abad ke-15 berkitar dalam tradisi pemasakan, tapi tanpa sebarang dokumentasi.[2]

Kedai kopi di Makkah pantas menjadi satu keriasauan kepada para imam kerana menjadi tempat perjumpaan politik. Kedai kopi—dan kopi itu sekali—diharamkan oleh para imam antara tahun 1512 dan dan diharamkan oleh mereka antara tahun 1512 dan 1524 M. Pada tahun 1530, kedai kopi pertama dibuka di Damsyik,[3] dan tidak lama kemudian terdapat banyak kedai kopi di Kaherah.

Pengembara Perancis abad ke-17, Jean Chardin, memberikan pemerian rancak tentang budaya kedai kopi Parsi:

Orang ramai berbual, kerana di situlah tempat berita disebarkan dan tempat mereka yang berminat tentang politik bebas mengkritik kerajaan tapi ragu-ragu, kerana kerajaan tidak menghiraukan apa yang diperkatakan mereka. Permainan... seakan-akan dam, ketingting dan catur dimain. Tambahan, mullah, darwis, dan penyair mengambil giliran bercerita dalam bentuk puisi atau prosa. Pengisahan mullah dan darwis merupakan cerita-cerita moral, sama seperti khutbah kita, tetapi tidak dianggap melampau sekiranya tidak dihiraukan. Tiada siapa yang dipaksa berhenti bermain ataupun perbualannya oleh pengisahan tersebut. Seorang mullah akan berdiri di tengah-tengah ataupun di sudut hujung qahveh-khaneh, dan akan mula berkhutbah dengan suara kuat, atau seorang darwis akan masuk dengan tiba-tiba dan mengingatkan para hadiran tentang dunia dan kebendaan duniawi yang sia-sia. sering juga berlaku apabila dua atau tiga orang akan bercakap pada masa yang sama, seorang pada satu sudut dan seorang lagi pada sudut yang lain, dan kadang kala seorang berkhutbah dan seorang lagi bercerita.[4]

Eropah dan Amerika Syarikat

Kopi muncul di luar Empayar Uthmaniyyah di Eropah buat kali pertamanya pada abad ke-17, dan kedai kopi pun tertubuh dan berkembang dengan cepat. Berkemungkinan besar kedai kopi pertama sampai di Eropah Barat melalui Kerajaan Hungary (yang sekali gus menjadi perantara di antara Empayar Rom Holy dan Empayar Uthmaniyyah),[5] dan juga muncul di Venice; kedai kopi pertama dicatatkan pada tahun 1645.

Kedai kopi pertama di England dibuka di Oxford pada tahun 1650 oleh seorang Yahudi bernama Jacob, di Angel, di dalam sebuah bangunan yang sekarang dikenali sebagai The Grand Cafe ("Cafe Besar"). Peristiwa ini dicata pada sebuah plak pada dinding kedai kopi dan kedai tersebut merupakan sebuah bar koktel yang mengikut perkembangan fesyen terbaru. [6] Queen's Lane Coffee House ("Kedai Kopi Lorong Ratu") Oxford, tertubuh pada tahun 1654, juga masih kekal hingga ke hari ini. Kedai kopi pertama di London dibuka pada tahun 1652 di Cornhill, London. Tuan punya kedai tersebut bernama Pasqua Rosée, seorang gaji berbangsa Armenia seorang pedagang barangan Turki bernama Daniel Edwards, yang juga mengimport kopi dan membantu Rosee menubuhkan kedai tersebut.[7][8] Menjelang tahun 1675, terdapat lebih daripada 3,000 kedai kopi di England.[9]

Di England, pada amnya, kedai kopi terbuka kepada semua kaum lelaki tanpa mengira darjat. Kedai kopi menjadi tempat pertemuan di mana peniagaan dijalankan dan juga tempat bertukar-tukar berita. Syarikat insurans, Lloyd's of London ditubuh di kedai kopi yang diusahakan oleh Edward Lloyd. Seorang penulis Perancis, Antoine François Prévost, berkata, "... kedai kopi, di mana anda memiliki hak membaca semua akhbar, sama ada yang menyokong atau menentang kerajaan," merupakan "benteng kebebasa Inggeris."[10]

Pasqua Rosee juga menubuhkan kedai kopi pertama di Paris pada tahun 1672.[11] Kedai kopi ini masih kekal dan merupakan tempat pertemuan utama pada Zaman Kesedaran di Perancis. Voltaire, Rousseau, dan Denis Diderot kerap mengunjunginya, dan berkemungkinan besar ia tempat lahir Encyclopédie, ensiklopedia moden pertama.

Kedai kopi pertama Vienna ditubuhkan pada tahun 1683, sementara kedai kopi pertama Poland pula ditubuhkan pada tahun 1724.[12][13]

Di Eropah pada masa ini, kaum wanita sering diharamkan daripada melanggan kedai kopi mahupun pengharaman ini tidak lah dikenakan secara sejagat. Kaum wanita selalu melanggani kedai kopi di Jerman, tetapi mereka diharamkan daripada berbuat demikian di England dan Perancis.[14] Émilie du Châtelet, seorang ahli matematik dan penterjemah buku Pricipia Mathematica Isaac Newton, dikatakan menyamar sebagai lelaki untuk memasuki kedai kopi di Paris.[15]

Kedai kopi pertama di Amerika Syarikat di buka di Boston pada tahun 1676.[16]

Kedai kopi tradisional di Vienna, Austria

Rujukan

WikiPedia: Kedai_kopi http://othes.univie.ac.at/2016/ http://othes.univie.ac.at/2016/1/2008-10-20_700222... http://investorshub.advfn.com/boards/board.aspx?bo... http://books.google.com/books?id=1qctAQAAIAAJ%7Cac... http://books.google.com/books?id=7FQRrbUMojcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Ikb8zMXSViMC&pg=P... http://humboldtcoffee.com/History.htm http://masstraveljournal.com/page/quick-facts/amer... http://www.nestleprofessional.com/uk/en/SiteArticl... http://www.oxforddnb.com/view/article/92862