Biografi Keith_Haring

Awal hidup dan pendidikan

Keith Haring lahir di Reading, Pennsylvania pada 4 Mei 1958; Beliau anak sulung dalam empat adik-beradik (yang selebihnya perempuan: Kay, Karen and Kristen)[2] kepada Joan Haring dan Allen Haring, seorang jurutera dan kartunis amatur. Keluarga mereka berpindah ke Kutztown, Pennsylvania, di mana beliau membesar di sana. Beliau menamatkan persekolahannya pada tahun 1976. Keluarganya beragama Kristian mazhab United Church of God,[3] malah Haring pernah terlibat dalam pergerakan evangelis Jesus Movement yang berleluasa di Amerika Syarikat semasa usia remajanya.[3]

MInatnya terhadap seni lukisan mula berputik hasil hubungan rapat bersama ayahnya membantu membuat projek lukisan,[4] malah juga dipengaruhi karya-karya pekartun lain seperti Walt Disney, Dr. Seuss, Charles Schulz serta juga produksi Looney Tunes terutamanya siri The Bugs Bunny Show.[4] Beliau pada usia awal dewasa pula merantau serata Amerika Syarikat menjual rekaan kemeja T yang pelbagai memaparkan dari kugiran muzik sampai ke slogan politik.[5]

Beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni komersil di Ivy School of Professional Art Pittsburgh pada 1976, namun beliau hilang minat setelah hasil pembacaan The Art Spirit (1923) karya Robert Henri.[6] Beliau menamatkan pengajiannya hanya dua semester setelah itu pada tahun 1978.[4]

Kerjaya seni

Kematian

Haring meninggal pada 16 Februari 1990 tidak lama setelah mengalami komplikasi berkaitan penghidapan AIDS.[7]

Madonna dalam konsert pertama di New York jelajah dunia Blond Ambition pada Jun bulan mengumumkan suatu sumbangan amal di mana semua jualan tiket akan disalurkan kepada seberapa badan amal membantu berkaitan penjagaan mangsa-mangsa AIDS sempena memperingati Haring. His art remains on display worldwide.[8]

Berkaitan