Kejohanan_Wushu_Dunia

Kejohanan Wushu Dunia (WWC) merupakan kejohanan wushu antarabangsa yang dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) untuk sukan wushu (taolu dan sanda/sanshou). [1] Kejohanan ini diadakan pada setiap dua tahun sekali sejak tahun 1991. Kejohanan Wushu Dunia lazimnya juga berbetulan dengan Kongres IWUF dan juga dengan pelbagai mesyuarat jawatankuasa. [1] Pertandingan ini juga menjadi acara kelayakan untuk Piala Dunia Taolu dan Piala Dunia Sanda . WWC merupakan pengganti bagiKejohanan Wushu Jemputan Antarabangsa yang dianjurkan sebelum IWUF ditubuhkan.