Sejarah Kejohanan_Wushu_Dunia

Kejohanan Wushu Dunia 1999 telah memperkenalkan acara Taijijian, Nandao, dan Nangun.

Set taolu wajib kedua IWUF dilaksanakan sebagai acara tambahan dalam Kejohanan Wushu Dunia 2001 bersampingan dengan acara untuk taolu wajib pertama. Pertandingan ini juga melaksanakan ujian doping untuk pertama kalinya. Kesemua 12 sampel kembali tanpa keputusan positif.[2]

Dalam Kejohanan Wushu Dunia 2003, semua atlet diwajibkan untuk bertandingan dengan set taolu wajib IWUF kedua. Acara sanshou perempuan dan duilian perempuan juga diperkenalkan pada pertandingan ini.

Ekoran daripada perubahan peraturan yangbesar, acara taolu wajib dihentikan bermula dengan Kejohanan Wushu Dunia 2005 .

Muzik latar belakang dibenarkan untuk pertama kalinya bagi acara taijiquan dan taijijian di Kejohanan Wushu Dunia 2007

Taolu changquan, nanquan, dan taijiquan dari set taolu wajib IWUF ketiga dipertandingkan pada tahun 2013 dan 2015 sebagai acara tambahan.

Kejohanan Wushu Dunia 2015 menyaksikan pengenalan pelbagai acara seni bela Cina tradisional.

Keperluan tahap kesukaran bagi senjata panjang dilaksanakan dalam Kejohanan Wushu Dunia 2017 .

Kejohanan Dunia Wushu 2019 menyaksikan pengenalan acara kumpulan kreatif (jiti) dengan hakim bertauliah dan hakim selebriti. Para hakim menilai persembahan dan memberikan mata (jumlah mata: 10.000) mengikut prosedur penilaian IWUF biasa dan hakim selebriti memberikan skor (jumlah mata: 10.000) berdasarkan pilihan peribadi. Pingat untuk acara ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada keseluruhan pungutan pingat.

Kejohanan Wushu Dunia 2021 dijadualkan semula sehingga tahun 2023 akibat daripada pandemik COVID-19 . Acara kipas taiji (taijishan) dijangka akan diperkenalkan dalam pertandingan ini.