Keju_Edam
Keju_Edam

Keju_Edam

Edam (bahasa Belanda Edammer) adalah keju yang berasal dari Belanda yang secara tradisional berbentuk bulat dan berwarna kuning terang dan dibungkus dengan parafin dan lilin berwarna merah.[1]. Keju ini dinamakan demikian kerana pertama kali dibuat di Edam, Holland Utara[1] Edam yang berusia sekurang-kurangnya 17 minggu dibungkus dengan lilin berwarna hitam, bukan merah atau kuning.[1]Keju Edam mempunyai rasa yang sangat lembut, sedikit masin atau terasa seperti kacang, keju ini juga tidak berbau bila dibandingkan keju lain.[1] Keju ini juga mempunyai kandungan lemak jauh lebih rendah berbanding keju tradisional lain sebanyak 28 peratus dengan kandungan protein sebanyak 25 peratus.[1] Keju Edam yang moden jauh lebih lembut berbanding keju yang lain, seperti keju Cheddar, kerana kandungan lemaknya yang lebih rendah.[1]

Keju_Edam

Daerah Edam-Volendam
Negara asal Belanda
Sumber susu Lembu / kambing
Tekstur Agak keras
Dipasteurkan Ya
Bandar Edam
Tempoh penuaan Di atas 10 bulan
Kandungan lemak 11g/100g
Pensijilan Tidak