Keju_Cheddar
Keju_Cheddar

Keju_Cheddar

Keju Cheddar adalah keju yang relatif keras, berwarna kuning pucat hingga putih gading, dan kadang-kadang mempunyai rasa yang kuat. Keju ini berasal dari desa Cheddar di Somerset, Inggris[1], dan merupakan keju yang paling popular di United Kingdom dengan pasaran kira-kira 51% daripada £ 1.9 bilion pasaran keju per tahunnya di United Kingdom.[2]Keju Cheddar telah dibuat tiruannya secara meluas, baik di England, mahupun di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada, dan Iceland. Di sebahagian besar negara-negara di dunia umumnya boleh didapati keju "Cheddar" dalam pelbagai bentuk, bermula dari jenis keju Cheddar rendah lemak hingga keju Cheddar tua dan tinggi kadar lemak. Menurut standard perdagangan Eropah, hanya keju yang dihasilkan dan berasal dari empat daerah di Barat Daya England (Somerset, Devon, Dorset, dan Cornwall) yang dapat disebut/diberi label "West Country Farmhouse Cheddar" berdasarkan Perlindungan Penetapan Asal (PDO).[3] Keju Cheddar juga merupakan salah satu keju yang paling biasa boleh didapati dan digunakan di Malaysia sebagai bahan kuih dan makanan.

Keju_Cheddar

Daerah Somerset
Negara asal England
Sumber susu lembu
Tekstur keras, separa keras
Dipasteurkan sering
Bandar Cheddar
Tempoh penuaan 3-60 bulan bergantung jenis
Pensijilan West Country Farmhouse Cheddar

Rujukan

WikiPedia: Keju_Cheddar http://www.gourmetbritain.com/encyclo_entry.php?it... http://www.practicallyedible.com/edible.nsf/encycl... http://www.thestar.com/News/article/264784 http://www.vegsoc.org/info/cheese.html http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/5241544.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/somerset/817534... http://www.cheddargorgecheeseco.co.uk/acatalog/abo... http://www.grocerytrader.co.uk/News/October_2006/G... http://www.telegraph.co.uk/wine/main.jhtml?xml=/wi... http://www.defra.gov.uk/foodrin/industry/regional/...