Pengeluaran Keju_Cheddar

Proses

Rencana utama: Pembuatan keju Cheddar

Cheddaring adalah tahap tambahan dalam pembuatan keju Cheddar. Setelah dipanaskan, tauhu susu diadun dengan garam, dipotong betuk kotak-kotak untuk menghilangkan dadih susu, kemudian disusun dan diterbalikkan.[15] Keju Cheddar yang keras dan sangat tua (vintage) perlu dimatangkan hingga 15 bulan. Keju perlu disimpan pada suhu malar, dan kadang-kadang perlu dilengkapi dengan peralatan tambahan. Seperti pembuatan keju di negara-negara Eropah, gua merupakan tempat yang sesuai untuk pematangan keju. Sehingga kini, beberapa jenis keju Cheddar yang dihasilkan di England dimatangkan di dalam gua di Wookey Hole dan Lembah Cheddar.

Tauhu susu dan dadih susu dipisahkan dengan renet (enzim kompleks yang secara semulajadi dihasilkan dari perut anak lembu yang baru lahir). Dalam pembuatan keju Cheddar vegetarian, enzim yang fungsinya sama diambil dari sumber bukan haiwan.[15][16]

Penghasilan dan rasa antarabangsa

Keju Cheddar dihasilkan di United Kingdom, Ireland, Kanada, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, New Zealand, Australia, Sweden, Belgium, dan Belanda. Sebahagian besar daripada keju ini dihasilkan besar-besaran dengan kualiti yang sangat berbeza-beza. Rasa keju diperkuatkan seiring dengan waktu kematangan, dengan rasa yang amat berbeza-beza. Sifat keju biasa disenaraikan dalam kemasan dengan tahap kekuatan seperti lembut, sederhana, kuat, gurih, tajam, sangat tajam, matang, tua, atau vintage.

Di Malaysia, keju Cheddar banyak boleh didapati di pasar raya yang tersebar di seluruh nusantara. Jenama Cheddar yang biasa dijual antara lain ialah Kraft Cheddar, Cheesy dan Diamond Cheddar.

Rujukan

WikiPedia: Keju_Cheddar http://www.gourmetbritain.com/encyclo_entry.php?it... http://www.practicallyedible.com/edible.nsf/encycl... http://www.thestar.com/News/article/264784 http://www.vegsoc.org/info/cheese.html http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/5241544.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/somerset/817534... http://www.cheddargorgecheeseco.co.uk/acatalog/abo... http://www.grocerytrader.co.uk/News/October_2006/G... http://www.telegraph.co.uk/wine/main.jhtml?xml=/wi... http://www.defra.gov.uk/foodrin/industry/regional/...