Keju_Emmental
Keju_Emmental

Keju_Emmental

Emmental, Emmentaler, Emmenthal, atau Emmenthaler adalah keju dari Switzerland yang dibuat dengan susu lembu mentah dan mempunyai banyak lubang atau "mata" yang bersaiz besar.[1] [2] Keju ini dikenali sebagai "keju Swiss" di Amerika Utara walaupun keju Switzerland tidak selalu merujuk kepada Emmental.[3] Keju tiruan Emmental di Norway dikenal dengan nama Jarlsberg.[2] Keju ini mendapatkan namanya dari daerah asalnya iaitu lembah Emme di Canton Bern dan telah mendapat perakuan daripada AOC (Appellation d'Origine Contrôlée).[1] [4] Pensijilan AOC menyebabkan hanya keju yang dihasilkan di Emmental saja yang dapat diberi label "Emmentaler Swiss".[4] Namun, nama "keju Emmental" tidaklah dilindungi sehingga banyak tiruannya yang dihasilkan di pelbagai negara.[4]

Keju_Emmental

Negara asal Switzerland
Sumber susu lembu
Tekstur Keras
Dipasteurkan Tidak dalam pembuatan secara tradisional
Wilayah, Bandar Berne, Emmental
Tempoh penuaan 4 bulan
Kandungan lemak 45%
Pensijilan AOC[1]