Format Kelayakan_Piala_Dunia_FIFA_2014_(AFC)

Undian kelayakan utama adalah dijadualkan bertempat di Brazil pada 31 Julai 2011.[2]Pada mulanya, suatu pengumuman telah dibuat bahawa Jawatankuasa Pertandingan AFC telah memutuskan untuk menggunakan to use the format kelayakan 2010 bagi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[3] AFC menerbitkan maklumat di dalam kalendar mereka[4] yang mencadangkan kelayakan akan bermula pada 8 Oktober 2010 dengan perlawanan pertama bagi ikatan pusingan yang pertama.

Walau bagaimana pun, sebelum pusingan akhir 2010, FIFA telah menasihatkan AFC bahawa kelayakan 2014 tidak akan bermula sehingga pertengahan 2011.[5] Pada 13 Ogos 2010 AFC telah mengumumkan satu format bagi kelayakan yang serupa dengan format 2010[6] walaupun bilangan akhir kelayakan masih belum dinilai. Satu format akhir, dengan peringkat permulaan diubah sedikit dari 2010, telah diumumkan pada Mac 2011.

Kelayakan bermula dengan dua set pusingan kelayakan timbal balik - yang pertama diadakan pada 29 Jun dan 3 Julai 2011, yang kedua pada 23 dan 28 Julai - mengurangkan bilangan pasukan di dalam undian utama hingga 20. Seperti di dalam format 2010, peringkat ketiga mengandungi 5 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan setiap satu (dengan perlawanan diadakan pada September 2011 dan Februari 2012) dengan 2 pasukan teratus di dalam setiap setiap kumpulan mara kepada 2 kumpulan terdiri daripada 5 pasukan setiap satu yang akan bermain satu peringkat kumpulan pada 2012. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan akhir 2014 secara terus, dengan dua pasukan tempat ketiga akan bermain play-off untuk satu peluang layak menerusi satu perlawanan play-off antara konfederasi(menentang satu pasukan samada OFC, CONCACAF atau CONMEBOL).

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan_Piala_Dunia_FIFA_2014_(AFC) http://www.fifa.com/aboutfifa/federation/bodies/me... http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/lastrank... http://globoesporte.globo.com/futebol/copa-do-mund... http://images.the-afc.com/Documents/2010/compcalen... http://www.the-afc.com/en/component/content/articl... http://www.the-afc.com/en/component/content/articl... http://www.the-afc.com/en/inside-afc/676-afc-news/... http://www.the-afc.com/en/inside-afc/676-afc-news/... http://www.the-afc.com/en/inside-afc/676-afc-news/... http://www.the-afc.com/en/news-centre/inside-afc/6...