Format Kelayakan_Piala_Dunia_FIFA_2014_(UEFA)

Kesemua 53 pasukan kebangsaan UEFA memasuki kelayakan ini. Undian untuk kelayakan kumpulan telah berlangsung di Marina da Glória di Rio de Janeiro, Brazil pada 30 Julai 2011. Format kelayakan sama seperti 2010. Pasukan-pasukan akan dicabut ke dalam lapan kumpulan. Lapan pasukan yang merupakan juara kumpulan akan layak terus ke Piala Dunia. Lapan naib juara kumpulan terbaik akan diundi pada perlawanan play-off dan empat pasukan yang menang akan layak ke Piala Dunia.