Sejarah Kellogg's

Dua bersaudara Dr. John Harvey dan Will Keith Kellogg mengasaskan sebuah syarikat makanan kesihatan, Battle Creek Sanitarium Health Food Company pada tahun 1898. Syarikat ini menghasilkan bahan makanan untuk pesakit terdahulu dan terkini di Battle Creek Sanitarium Dr. J. H. Kellogg. Syarikat ini kemudiannya dikenali sebagai Battle Creek Sanitarium Food Company pada tahun 1901. Pada ketika itu, syarikat ini menghasilkan dan memasarkan produk makanan kesihatan seperti emping jagung, Granola dan Caramel Cereal Coffee.[9]