Dahagi Kemalangan_Penuh_Bermakna

Apabila Mahmud II mula menubuhkan pasukan tentera baru dan menggaji para penembak dari Eropah, anggota Janissari telah memberontak dan bertempur di jalan-jalan ibu kota Uthmaniyyah, akan tetapi pasukan Sipahi yang lebih besar melawan dan memaksa mereka kembali pulang ke berek-berek tentera. Para sejarahwan Turki mendakwa pasukan yang menentang kor Janissari, sebuah pasukan yang besar dari segi bilangan, dikuasai oleh para penduduk yang membenci Janissari sejak bertahun-tahun.[4]

Sejarahwan mencadangkan bahawa Mahmud II sengaja mengapi-apikan pemberontakan dan memperincikannya sebagai "rampasan kuasa sultan ke atas Janissari". Sultan memaklumkan bahawa baginda menubuhkan pasukan tentera baharu, Sekban-ı Cedit, yang mana telah disusun dan dilatih bersama-sama berdasarkan struktur negara Eropah (yang mana pasukan tentera baharu juga akan dikuasai oleh orang Turki). Janissari melihat institusi mereka sebagai penting kepada kelangsungan hidup empayar Uthmaniyyah, terutamanya kepada Rumelia, dan dahulunya telah memutuskan tidak akan membenarkan ia dibubarkan. Seperti dijangka, mereka memberontak dan bergerak menuju ke istana sultan. Mahmud II kemudian membawa keluar barangan Nabi dari perbendaharaan, bertujuan untuk menarik penganut Islam untuk berhimpun dan bersatu menentang Janissari.[6] Semasa penentangan ini, berek-berek Janissari telah dibakar oleh tembakan meriam menyebabkan lebih 4,000 anggota Janissary mati, dan ramai lagi yang mati semasa tentangan besar di jalan-jalan Constantinople (ibukota empayar Uthmaniyyah, dan pusat pasukan Janissari). Anggota yang hidup sama ada melarikan diri atau dipenjara, dan harta benda mereka dirampas oleh sultan. Pada akhir tahun 1826, anggota Janissari yang ditawan, mewakili saki-baki pasukan ini, dihukum mati dengan kepala dipenggal di Kubu Thessaloniki yang kemudian dikenali dengan nama "Menara Darah" (kemudian sejak tahun 1912, dikenali sebagai Menara Putih). Kira-kira 100 orang Janissari melarikan diri ke Cistern of Philoxenos di mana ramai daripadanya mati lemas.[7]