Geografi Kemaman

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :

  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman.
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.

Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.

kemaman mempunyai 2 buah perlabuhan satu di kerteh dan satu diteluk kalong.industri di kemaman berasaskan petroleum dan keluli.selain itu,kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang jalan pantai daerah kemaman.Ianya bemula bandar chukai,bandar baru kijal, bandar peranginan kijal,pekan kemasik yang mempunyai sebuah pusat membeli belah mesra mall dan bandar kertih.

Rujukan

WikiPedia: Kemaman http://terengganucunsokmo.blogspot.com/2010/05/ent... http://travelingluck.com/Asia/Malaysia/Terengganu/... http://www.mot.gov.my/English/Agencies/Kemaman_por... http://www.mpkemaman.gov.my/kawasan/mpenduduk.htm http://www.mpkemaman.gov.my/profail/sejarah.htm http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/home http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/jom-jalan?p... http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/zoo_info http://ptkemaman.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi... https://www.youtube.com/watch?v=XaxanJOaibU