Sejarah Kemaman

Muzium Kemaman

Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut Kemaman sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula.

Sekitar tahun 1700, Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan berlaku persengketaan di Pahang. Beliau menjadi peneroka pertama bagi Kampung Bukit Kuang. Sebelum itu, orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman. Kemudian, Che Wan Teh berpindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya berpindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.

Versi lain pula menyatakan Kemaman diteroka oleh Lebai Saris seorang bangawan Patani, Siam pada awal abad ke-19 semasa Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad (1808 - 1830).[2]Lebai Saris dan pengikutnya telah datang ke Kemaman dan meneroka kawasan penempatan di sekitar Kampung Nyor.

Lebai Saris juga dikaitkan sebagai orang yang telah memberi perkataan "Kemaman" iaitu gabungan perkataan-perkataan "Kera" dan "Pokok Maman". Tidak dapat dinafikan bahawa Lebai Saris telah memainkan peranan penting dalam Pembukaan Daerah Kemaman secara lebih meluas di antara Kampung Mak Cili, Kampung Mat Lagam, Kampung Pasir Tengku dan Kampung Jabor.

Penduduk Daerah Kemaman telah bertambah dan pengaruh kekuasaan Lebai Saris semakin teserlah. Berikutan itu, timbul fitnah menyatakan Lebai Saris tidak mahu lagi tunduk kepada Yang di Pertuan Terengganu (Sultan Terengganu). Oleh itu Sultan Ahmad telah menghantar Engku Kembal untuk melawan kekuatan Lebai Saris yang di ketuai oleh anaknya Abu Bakar. Dengan tipu muslihat, Engku Kembal telah berjaya menewaskan Lebai Saris dan anaknya. Kedua-dua mereka dianggap penderhaka dan di hukum sula dengan suda nipah.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kemaman http://terengganucunsokmo.blogspot.com/2010/05/ent... http://travelingluck.com/Asia/Malaysia/Terengganu/... http://www.mot.gov.my/English/Agencies/Kemaman_por... http://www.mpkemaman.gov.my/kawasan/mpenduduk.htm http://www.mpkemaman.gov.my/profail/sejarah.htm http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/home http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/jom-jalan?p... http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/zoo_info http://ptkemaman.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi... https://www.youtube.com/watch?v=XaxanJOaibU