Kemangkatan_dan_pemakaman_Putera_Philip,_Duke_Edinburgh
Kemangkatan_dan_pemakaman_Putera_Philip,_Duke_Edinburgh

Kemangkatan_dan_pemakaman_Putera_Philip,_Duke_Edinburgh

Putera Philip, Duke Edinburgh, suami Ratu Elizabeth II dari United Kingdom dan alam Komanwel yang lain, pasangan diraja British yang paling lama berkhidmat dalam sejarah, mangkat di Istana Windsor pada pagi 9 April 2021. Baginda mangkat pada usia 99 tahun, dua bulan sebelum ulang tahun keputeraannya yang ke-100.[1][2] Punca kemangkatan baginda belum didedahkan oleh keluarga diraja, walaupun kenyataan rasmi mengatakan bahawa baginda "mangkat dengan aman". Pemakamannya telah berlangsung pada 17 April 2021.[3]Kemangkatan Putera Philip bermula dengan Operasi Forth Bridge, sebuah rancangan yang memperincikan prosedur termasuk penyebaran maklumat, hari berkabung negara dan pemakaman baginda. Sebelum baginda mangkat, baginda telah menyatakan hasrat agar pemakamannya dilakukan secara sederhana. Perubahan tetap dilakukan untuk pemakaman baginda bersesuaian dengan protokol COVID-19. Ini termasuk kuarantin untuk anggota keluarga diraja yang tiba dari luar negara.Wakil-wakil dari pelbagai negara di seluruh dunia merakamkan ucapan takziah kepada Ratu, orang British dan rakyat daripada Komanwel. Jambangan bunga dan pesanan takziah ditinggalkan oleh orang ramai di luar Istana Buckingham dan Istana Windsor. Anggota keluarga diraja juga dilihat memberi penghormatan terakhir kepada Putera Philip, beberapa hari selepas kemangkatan baginda.

Kemangkatan_dan_pemakaman_Putera_Philip,_Duke_Edinburgh

Tarikh 9 April 2021
(Tarikh kemangkatan)
17 April 2021, jam 3 petang (BST)
(Tarikh pemakaman)
Lokasi Istana Windsor, United Kingdom

Rujukan

WikiPedia: Kemangkatan_dan_pemakaman_Putera_Philip,_Duke_Edinburgh https://www.smh.com.au/world/europe/prince-philip-... https://www.canada.ca/en/canadian-heritage/commemo... https://globalnews.ca/news/7751262/prince-philip-p... https://www.astroawani.com/berita-dunia/istiadat-p... https://www.astroawani.com/berita-dunia/pemakaman-... https://www.bbc.com/news/uk-11437314 https://www.bbc.com/news/uk-56698618 https://www.bbc.com/news/uk-56698794 https://www.bbc.com/news/uk-56702886 https://www.bbc.com/news/uk-56710086