Senarai_pasangan_diraja_British

Pasangan diraja ialah pasangan kepada raja atau ratu yang memerintah. Pasangan monarki di United Kingdom dan pendahulunya tidak mempunyai status atau kuasa perlembagaan tetapi banyak yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pasangan mereka. Beberapa pasangan diraja, seperti Putera Philip, Duke Edinburgh, juga membantu meningkatkan imej monarki dengan menjadi selebriti dengan sendirinya. Putera Philip ialah pasangan diraja yang paling lama berkhidmat dan tertua. Ibu mertua baginda, Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda, yang mangkat pada usia 101 tahun, hidup lebih lama tetapi pada saat kemangkatannya baginda tidak memegang jawatan sebagai permaisuri, kerana suaminya Raja George VI meninggal 50 tahun sebelumnya. Setelah kemangkatan Putera Philip, gelaran pasangan diraja ini kosong dan mungkin kekal sehingga raja berikutnya. Pada masa ini, Camilla, Duchess Cornwall dikhabarkan bakal menjadi pasangan diraja berikutnya setelah kenaikan Charles, Putera Wales sebagai raja.[1]