Charles,_Putera_Wales
Charles,_Putera_Wales

Charles,_Putera_Wales

Duli Yang Teramat Mulia Charles, Putera Wales (Tulisan Jawi: چرلﺱ، ڤوترا ويلﺱ; Charles Philip Arthur George Mountbatten-Windsor; keputeraan 14 November 1948), ialah paduka anakanda sulung kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh. Baginda ialah pewaris takhta United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. Baginda telah memegang gelaran "Putera Wales" sejak 1958 dan digayakan dengan Duli Yang Teramat Mulia Putera Wales, dan di Scotland, Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay. Menurut perlembagaan UK, baginda berada dalam barisan pertama untuk menaiki takhta, tetapi berada di tempat ketiga dalam susunan keutamaan, selepas Ratu dan Duke Edinburgh.Putera Charles terkenal dengan kerja-kerja kebajikannya terutama sekali dengan badan kebajikannya sendiri iaitu "The Prince's Trust". Jadual beliau dipenuhi dengan tugas-tugas diraja yang diambil alih dari kedua-dua paduka ayahanda dan bondanya yang semakin lanjut usia. Beliau juga terkenal dengan perkahwinannya dengan mendiang Yang Mulia Lady Diana Spencer dan kemudiannya dengan Duli Yang Teramat Mulia Camilla, Duchess Cornwall.

Charles,_Putera_Wales

Ayahanda Putera Philip, Duke Edinburgh
Pangkat Lihat senarai
Tandatangan Fail:Charles signature.jpg
Pasangan
Bonda Ratu Elizabeth II
Tahun perkhidmatan 1971–1977
(khidmat aktif)
Kerabat Windsor
Anakanda
Kesetiaan  United Kingdom[fn 2]
Nama penuh
Nama penuh
Charles Philip Arthur George[fn 1]
Arahan HMS Bronington
Keputeraan (1948-11-14) 14 November 1948 (umur 71)
Istana Buckingham, London, England
Perkhidmatan  Tentera Laut Diraja
 Tentera Udara Diraja[fn 2]