Putera_William,_Duke_Cambridge
Putera_William,_Duke_Cambridge

Putera_William,_Duke_Cambridge

Putera William, Duke Cambridge (William Arthur Philip Louis, lahir pada 21 Jun 1982) adalah seorang putera dari United Kingdom dan berada di tempat kedua di dalam susunan pewarisan takhta United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. William adalah anak sulung kepada Charles, Putera Wales dan permaisuri pertamanya, mendiang Lady Diana Spencer. Selaku anak Putera Wales dan cucu kepada Ratu Elizabeth II, Putera William adalah seorang anggota Keluarga Diraja Britain. Putera William mendapat pendidikan di empat buah sekolah di United Kingdom dan mendapat ijazah dari Universiti St Andrews. Beliau menghabiskan sebahagian cuti tahunan di Chile, Belize, Tanzania, dan Kenya, di mana beliau telah tinggal dan bercuti beberapa kali. Putera William juga telah mengambil kajian Kiswahili di universiti-universiti di Kenya dan Tanzania. Beliau juga menamatkan latihan sebagai pegawai (akhirnya ditauliahkan sebagai Leftenan di Blues and Royals Regiment), dan seorang juruterbang (mendapat sayap dengan melengkapkan latihan juruterbang di Royal Air Force College Cranwell) dalam tentera British. Beliau kemudian menjalani latihan terbang helikopter untuk menjadi seorang juruterbang sepenuh masa dengan Search and Rescue Force. Beliau telah melangsungkan perkahwinannya bersama Catherine Middleton di Westminster Abbey pada 29 April 2011. Beliau telah dikurniakan dengan gelaran formal, Duke of Cambridge, Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus sempena perkahwinannya. Anak pertama mereka, Putera George dari Cambridge pula telah dilahirkan pada 22 Julai 2013 dan anak kedua mereka, Puteri Charlotte dari Cambridge pula telah dilahirkan pada 2 Mei 2015.Dalam Bahasa Melayu, baginda bergelar sebagai Duli Yang Teramat Mulia (His Royal Highness) Putera William, Duke Cambridge.