Menu
Putera_William,_Duke_Cambridge KeturunanPutera William ialah berseli dengan keturunan lelaki dan perempuan William the Conqueror, raja pertama Norman England.
Dengan keturunan sebelah bapa, melalui datuknya Putera Philip, beliau adalah keturunan Elimar I, Count of Oldenburg, dan ahli House of Oldenburg, salah satu rumah diraja yang tertua di Eropah, dan lebih khusus dengan cawangan kadet yang dikenali sebagai House of Glücksburg, diasaskan oleh nenek moyang sebelah bapa William iaitu Friedrich Wilhelm, Duke of Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg. Nenek moyang William pada sebelah bapanya terdiri daripada lima raja: Christian I dari Denmark, Frederick I Denmark, Christian III Denmark, Christian IX dari Denmark dan George I dari Greece, dan juga sebelas dari Oldenburg, dua Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg, lima Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Beck, dan satu Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg.
Melalui ibunya, William ialah dari Keluarga Spencer, Earl Spencer, dan Keluarga Baron Fermoy, keturunan Duke Grafton dan Duke Richmond, kedua mereka anak luar nikah Raja Charles II. Oleh itu, apabila William menaiki takhta kelak, beliau akan menjadi raja pertama dari keturunan Raja Charles II, dan juga yang pertama dari susur-galur Raja Charles I dan Raja James sejak kemangkatan Ratu Anne pada 1714.
Melalui keluarga bapanya, Putera William ialah dari Jerman, Inggeris, dan berketurunan Scotland, dan melalui keluarga ibunya, beliau terdiri daripada British-Amerika, Inggeris, Jerman, Ireland, dan berketurunan Scotland.
Sebagai anak sulung Putera Wales, beliau dijangkakan akan menaiki takhta United Kingdom dan negara-negara Kerajaan Komanwel yang lain. Jikalau William memutuskan untuk menggunakan nama pertamanya sebagai nama dirajanya, beliau akan dikenali sebagai Raja William V. Namun terdapat kemungkinan bahawa William akan menggunakan nama yang lain seperti yang dilakukan oleh Putera Albert Edward pada 1901 dan Putera Albert pada 1936. Seperti ibunya, William dikatakan tidak begitu menyukai protokol-protokol diraja yang berlebihan dan inginkan kebebasan lebih besar untuk dirinya.
Menu
Putera_William,_Duke_Cambridge KeturunanBerkaitan
Puteri Balqis Puteri Gunung Ledang (filem 2004) Puteri Sarah Liyana Putera Philip, Duke Edinburgh Puteri Aishah Puteri Khareeza Puteri Gunung Ledang Puteri Santubong Putera Harry, Duke Sussex Puteri (siri animasi)Rujukan
WikiPedia: Putera_William,_Duke_Cambridge http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.dukeandduchessofcambridge.org http://isni.org/isni/0000000367648998 http://www.centrepoint.org.uk/content/view/54/41/ https://nla.gov.au/anbd.aut-an49861308 https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13513638q https://www.idref.fr/050444875 https://id.loc.gov/authorities/names/n83035580