Kematian_bersalin

Kematian bersalin didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "kematian seorang wanita ketika hamil atau dalam masa 42 hari dari penamatan kehamilan, tanpa mengira tempoh dan lokasi kehamilan, dari sebarang sebab yang berkaitan dengan atau bertambah buruk oleh kehamilan atau pengurusannya tetapi bukan dari sebab-sebab tidak sengaja atau sampingan."[1][2] Kematian bersalin ini terbahagi kepada dua kategori: kematian obstetrik langsung dan kematian obstetrik tidak langsung. Yang terakhir adalah kematian disebabkan oleh individu mempunyai penyakit yang sudah ada dan menjadi lebi parah oleh kehamilan. Klasifikasi WHO yang lain adalah kematian berkaitan kehamilan yang merangkumi kematian langsung dan tidak langsung yang berlaku selepas 42 hari tetapi kurang dari satu tahun setelah hasil kehamilan.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kematian_bersalin http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16581405 //doi.org/10.1016%2FS0140-6736(06)68397-9 http://www.unfpa.org/sites/default/files/pub-pdf/9... http://www.hpc4.go.th/director/data/region/WHO_MMR... https://www.cdc.gov/reproductivehealth/MaternalInf... https://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2015/MB_cgi?field... https://patient.info/doctor/maternal-mortality https://www.who.int/healthinfo/statistics/indmater... https://www.who.int/whr/2005/en/