Kezigotan Kembar

Kezigotan adalah tahap identiti dalam genom kembar. Terdapat lima variasi biasa untuk proses pembentukan kembar.

Tiga variasi yang paling biasa ialah semua bersifat dizigot (tidak seiras):[1]

  • Kembar lelaki-perempuan adalah hasil yang paling biasa, 50 peratus daripada kembar dizigot dan perkumpulan yang paling biasa bagi kembar.
  • Kembar dizigot perempuan-perempuan (kadang-kadang dikenali sebagai "kembar sororal")
  • Kembar dizigot lelaki-lelaki

Dua variasi kembar monozigot (seiras):[1]

  • Kembar monozigot perempuan-perempuan
  • Kembar monozigot lelaki-lelaki (kurang biasa)

Antara kelahiran yang tidak berkembar, singleton lelaki adalah agak lebih biasa (kira-kira lima peratus) daripada singleton wanita. Kadar bagi sigleton adalah berbeza sedikit mengikut negara. Sebagai contoh, nisbah jantina yang lahir di Amerika Syarikat adalah 1.05 lelaki / perempuan,[2] sementara kadarnya adalah 1.07 lelaki / wanita di Itali.[3] Walau bagaimanapun, lelaki juga lebih mudah daripada perempuan mati dalam utero, dan disebabkan kadar kematian dalam utero lebih tinggi untuk anak kembar, ia membawa kepada kembar wanita menjadi lebih biasa daripada kembar lelaki.

Kembar dizigot ("fratenal")

Kembar dizigot (DZ) atau kembar fratenal (juga disebut sebagai "kembar tidak seiras", "kembar jauh berbeza", "kembar biovular", serta seara tidak rasmi dalam kes kembar perempuan, "kembar sororal") selalunya terjadi apabila dua telur yang disenyawakan ditanam ke dalam dinding uterus secara serentak. Apabila dua telur disenyawakan secara berasingan melalui dua sel sperma, kembar fratenal merupakan hasilnya. Dua telur, yakni ovum, membentuk dua zigot, oleh itu wujudnya istilah dizigot dan biovular. Kembar fratenal sebenarnya merupakan dua adik beradik biasa yang dilahirkan dalam masa yang serentak, setelah terjadinya persenyawaan antara dua sperma dan dua ovum. Selain kembar fratenal, dua zigot yang berasingan juga mungkin membentuk kimera, yakni sesuatu keadaan di mana dua zigot yang berbeza mengalami proses pelakuran membentuk satu individu.

Kembar dizigot, seperti adik-beradik biasa yang lain, mempunyai peluang yang sangat tipis untuk mempunyai profil kromosom yang sama. Walaupun mereka mempunyai profil kromosom yang sama, kebiasaannya mereka mempunyai bahan genetik yang berbeza pada setiap kromosom, disebabkan proses pindah silang berlaku ketika meiosis. Seperti adik beradik biasa yang lain, kembar dizigot mungkin nampak serupa, contohnya seperti umur yang sama. Namun, kembar dizigot mungkin juga tampak sangat berbeza antara satu sama lain, kerana mereka mungkin mempunyai jantina yang berbeza.

Kajian telah membuktikan bahawa terdapat asas genetik bagi pembentukan kembar dizigot. Namun, ianya hanya berkesan terhadap pihak ibu sahaja mengenai peluang untuk mendapat kembar sedemikian; tidak ada mekanisma pada seorang ayah untuk menyebabkan pembebasan ovum melebihi satu. Proses pembentukan kembar dizigot adalah di antara enam bagi setiap seribu kelahiran di Jepun (sama seperti kadar kembar monozigot) kepada 14 dan lebih setiap seribu di sesetengah negara Afrika.[4]

Kembar dizigot juga lebih kerap berlaku bagi ibu-ibu yang lebih tua, dengan kadar berkembar dua kali ganda pada ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas.[5] Dengan munculnya teknologi dan teknik untuk membantu wanita hamil, kadar pembentukan kembar fratenal telah meningkat dengan ketara.

Kembar monozigot ("seiras")

Kembar monozigot (MZ) atau kembar seiras berlaku apabila satu telur yang disenyawakan membentuk satu zigot yang kemudiannya membeah menjadi dua embrio yang berasingan.

Kembar seiras separa

Kembar seiras separa ialah hasil yang jarang dijumpai bagi pembentukan kembar di mana kembar tersebut mewarisi gen yang sama dari ibu mereka tetapi mewarisi gen yang berbeza dari ayah mereka. Walaupun contoh kembar separa serupa telah dijumpai, mekanisme sebenar pembentukan kembar ini adalah tidak difahami, tetapi secara teori boleh berlaku dalam pembentukan kembar badan berkutub di mana sel-sel sperma menyuburkan kedua-dua ovum dan badan kutub kedua.

Situasi ini tidak sama dengan bentuk biasa pembentukan kembar fraternal, kerana dalam kes ini, ova adalah seiras.

Jenis

Terdapat dua mekanisme yang menyebabkan hal ini mungkin berlaku:

  • Kembar berkutub (atau "kembar badan berkutub"), berlaku apabila dua sperma bersenyawa dengan satu ovum, salah satu daripada sperma bersenyawa dengan badan berkutub;[6] atau di mana ovum berpecah kepada salinan yang serupa, satu yang mengandungi badan kutub, terlebih dahulu kepada persenyawaan, membenarkan ia untuk disenyawakan oleh dua sperma yang berbeza.[7][8]
  • Kembar sesquizigot, di mana dua sperma menyuburkan satu ovum, membentuk triploid, dan kemudian berpisah.[9]

Satu kajian mengenai kembar fetus triploid XXX tanpa jantung menunjukkan bahawa walaupun pertumbuhan fetus memberitahu yang ia merupakan kembar seiras, kerana berkongsi plasenta yang sama dengan kembar yang sihat, namun hasil didapati bahawa ia mungkin merupakan kembar badan berkutub. Penulis tidak dapat meramalkan sama ada janin yang sihat boleh berpunca daripada badan kembar berkutub.[10] Pada tahun 2003, satu kajian yang berhujah bahawa banyak kes bertriploid timbul daripada kembar seiras separa.[11] Pada tahun 2007, satu kajian yang melaporkan kes sepasang kembar yang hidup, salah satu daripadanya interseks dan seorang daripadanya lelaki fenotipikal. Kedua-duanya didapati kimera dan berkongsi semua DNA ibu mereka tetapi hanya separuh daripada DNA bapa mereka. Mekanisme yang tepat tentang persenyawaan tidak dapat ditentukan tetapi kajian menyatakan bahawa ia tidak mungkin menjadi kes berkembar badan kutub.[12]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kembar http://multiples.about.com/cs/funfacts/a/twinzygos... http://multiples.about.com/cs/glossary/g/polarbody... http://multiples.about.com/od/glossary/g/semiident... http://8e.devbio.com/ http://8e.devbio.com/article.php?id=111 http://books.google.com/books?id=9SGiQsVevlwC&prin... http://www.nature.com/news/2007/070326/full/news07... http://www.obfocus.com/high-risk/twins/twin1.1.htm http://www.proactivegenetics.com/faqzygosity.dna#9 http://www.springerlink.com/content/m5q6420770g606...