Organisasi Kementerian_Hal_Ehwal_Dalam_Negeri_(Brunei)

Kementerian ini diketuai oleh seorang menteri dan ianya adalah ahli di Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet. Menteri ini dibantu oleh seorang Setiausaha Tetap serta dua orang Timbalan Setiausaha Tetap.[3] Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dibahagian kepada beberapa jabatan, yang terdiri dari berikut:

  • Jabatan Daerah Brunei dan Muara
  • Jabatan Daerah Belait
  • Jabatan Daerah Tutong
  • Jabatan Daerah Temburong
  • Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
  • Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
  • Jabatan Bandaran Tutong
  • Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
  • Jabatan Buruh
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Penjara
  • Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan