Majlis_Mesyuarat_Menteri-Menteri_Kabinet
Majlis_Mesyuarat_Menteri-Menteri_Kabinet

Majlis_Mesyuarat_Menteri-Menteri_Kabinet

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
di Brunei
Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet merupakan jawatankuasa bertaraf kabinet atau badan eksekutif dalam kerajaan Brunei. Majlis ini terdiri daripada Sultan sebagai Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri. Walau bagaimanapun, oleh kerana kerajaan Brunei adalah pemerintahan beraja mutlak, yang mana Sultan sebagai raja mempunyai kuasa penuh dalam memerintah negara, kabinet ini hanya mempunyai peranan sebagai penasihat ke hadapan Sultan dalam menjalankan pentadbiran negara, termasuk dalam meluluskan dasar-dasar yang dibuat.[1] Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet adalah sebuah jawatankasa di bawah Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat iaitu salah satu jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.[2]