Program Kementerian_Kesihatan_Malaysia

Sejak konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sepertiĀ :

SL1M Jururawat (Skim Latihan 1 Malaysia Jururawat)

Sejak dari 2013, program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk melatih para graduan diploma kejururawatan bagi meningkatkan kemahiran, kepakaran, keyakinan diri serta pembangunan sahsiah untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang baik. Program ini dijalankan minimum selama 6 bulan dan maksimum selama 1 tahun. Dalam memastikan kelancaran program, terdapat beberapa modul kemahiran yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menyertai SL1M Jururawat sepertiĀ :

    • Infection Control Practies
    • National Nursing Audits
    • Nursing Documentation
    • Neonatal Resuscitation
    • Pain Score
    • Management of Emergency Trolley
    • Nursing Management of Non Communicable Disease
    • Acute Nursing Procedure
    • Communication Skills
    • Corporate Culture
    • Basic Life Support
    • Mentoring Program

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka telah dilangsungkan secara serentak di seluruh pelosok negara pada 9 September 2012 yang lalu. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena bulan kemerdekaan dan telah mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records. Program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan usia. Sebagai contoh, program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka di Kajang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Hospital Kajang, Hospital Ampang, pelajar-pelajar sekolah di sekitar Hospital Kajang, kakitangan Pejabat Pergigian Daerah Hulu Langat, kakitangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga orang ramai. Sehubungan dengan itu, program ini sememangnya memberi impak positif dengan meningkatkan tahap kesedaran disamping merapatkan hubungan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.