Kementerian Reich bagi Wilayah Taklukan Timur (
Bahasa Jerman: Reichsministerium für die besetzten Ostgebiete atau
RMfdbO) telah diwujudkan oleh
Adolf Hitler pada Julai 1941 dan dikepalai oleh pakar teori
Nazi dari keturunan Baltik Jerman,
Alfred Rosenberg.
Alfred Meyer berkhidmat sebagai timbalan Rosenberg. Kementerian ini ditubuhkan untuk mengawal kawasan luas yang dijajah oleh
Jerman di
Eropah Timur dan
Rusia. Ia juga memainkan peranan dalam menyokong kumpulan anti-Soviet di
Asia Tengah. Pada Februari 1942, dibawah rancangan Rosenberg, pihak Kementerian cuba mencanangkan satu program reformasi tanah di wilayah-wilayah taklukan di
KRSS yang termasuk janji-janji
dekolektivisasi melalui pemansuhan
kolkhozes dan pengagihan semula tanah kepada para petani untuk
perladangan individu.Jerman mendirikan dua
Reichskommissariat, untuk Ostland dan Ukraine, dan merancang dua lagi, untuk
Moscow dan untuk
Caucasus. Pihak Wehrmacht tidak pernah mendirikan institusi yang kukuh di kawasan-kawasan yang ditetapkan untuk dua Reichskommissariat yang terakhir, jadi kawalan orang awam Jerman tidak pernah berkembang disana.Pada praktiknya, pelantikan
Erich Koch untuk mentadbir
Reichskommissariat Ukraine secara substantial menjejaskan kuasa Rosenberg. Hitler mengarahkan Koch agar mengambil pendekatan yang keras dan kejam; Rosenberg ingin menggambarkan orang Jerman sebagai pembebas Ukraine dari cengkaman Soviet, tetapi kekejaman Koch mendorong sekutu Ukraine yang berpotensi kembali menyokong Soviet. Tambahan lagi, kementerian Rosenberg tidak diberi kuasa ke atas tentera dan formasi keselamatan lain didalam wilayah yang diduduki. Reich Commissar yang lain,
Hinrich Lohse (
Ostland) telah teruk disisihkan. Pihak
SS mengisi kekosongan kuasa yang terhasil, bertindak mengikut apa yang mereka inginkan.
[1]