Tradisi Kenyah

Pada masa lampau, masyarakat asli Kenyah sering diserang oleh kaum-kaum berjiran dan pernah diserang oleh kuasa penjajah Barat(Pemerintahan Brooke) disebabkan penentangan mereka untuk tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga pernah menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.

Tempat menetap

Pada kebiasaannya masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya.

Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang.

Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.

Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.

Kepercayaan

Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.

Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Ekonomi

Masyarakat asli Kenyah bergantung sistem barter, tetapi terdapat juga kesan sejarah dimana mereka mengunakan mineral asli sebagai matawang. Masyarakat Kenyah juga ada menjumpai besi keluli dan membuat alat parang, kapak dan tombak dari hasil bumi yang dperolehi sendiri. Masyarakat Kenyah juga bergantung kepada hasil tanaman seperti padi bukit, buah-buahan, sayur-sayuran hutan, getah dan sebagainya. Masyarakat asli Kenyah juga memburu dan mereka merupakan pemburu yang cekap di hutan. Hasil buruan akan di kongsi bersama.