Kepenggunaan

Kepostmodenan
Falsafah postmoden
Seni bina postmoden
Seni postmoden
Wayang postmoden
Kesusasteraan postmoden
Muzik postmoden
Teater postmoden
Teori kritikal
Globalisasi
Kepenggunaan
Minimalisme
Minimalisme muzikKepenggunaan atau konsumerisme (bahasa Inggeris: consumerism) ialah penyamaan kebahagiaan peribadi dengan pembelian barang kebendaan serta penggunaannya. Istilah itu seringnya dikaitkan dengan kritikan tentang penggunaan, dengan perkembangan ini dimulakan oleh Karl Marx dan Thorstein Veblen. Kelas menengah yang baru muncul pada peralihan abad ke-20, tajuk penyelidikan Veblen, tercapai menjelang akhir abad ke-20 menerusi proses globalisasi. [1]Dalam bidang ekonomi, kepenggunaan merujuk kepada dasar ekonomi yang menekankan penggunaan. Dari segi mujarad, ia merupakan kepercayaan bahawa pilihan bebas pengguna harus menentukan struktur ekonomi sesebuah masyarakat (berbeza dengan Produserisme (kepenggeluaran), khususnya dari segi istilah British).