Kepten_(Amerika_Syarikat)
Kepten_(Amerika_Syarikat)

Kepten_(Amerika_Syarikat)

Di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat (USPHS), dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (Kor NOAA), Kepten ialah pegawai bertauliah paling kanan yang berada dibawah pangkat pegawai berbendera (iaitu gred laksamana). Pangkat ini setara dengan kolonel dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara AS, Tentera Angkasa AS, dan Kor Marin AS. Walaupun istilah Kepten dan Kapten diambil dari Captain bahasa Inggeris, tetapi dalam Angkatan Tentera Malaysia lazimnya, diadakan perbezaan ejaan untuk membezakan kedua-dua pangkat itu.Mencerminkan warisan nautikanya, istilah kepten digunakan sebagai gelaran tentera oleh pegawai berpangkat lebih rendah yang memerintah sebuah kapal bertauliah Tentera Laut, Pengawal Pantai, atau bot peronda Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) yang bersaiz lebih besar. Pegawai yang memerintah skuadron udara (lazimnya O-5 komander) biasanya menggunakan gelaran yang kurang formal iaitu "nakhoda".