Kepulauan Bangka Belitung
Kepulauan Bangka Belitung

Kepulauan Bangka Belitung


Kepulauan Bangka-Belitung adalah sebuah provinsi Indonesia, yang termasuk dua pulau utama, Bangka dan Belitung, dan beberapa yang lebih kecil yang terletak berhampiran di timur Sumatera hingga ke timur laut provinsi Sumatera Selatan. Selat Bangka memisahkan Sumatera dan Bangka, dan Selat Gaspar memisahkan Bangka dan Belitung. Laut China Selatan adalah di utara, Laut Jawa adalah di selatan, dan Borneo di sebelah timur dipisahkan dari Belitung dengan Selat Karimata.Provinsi ini dahulunya merupakan sebahagian dari Sumatera Selatan, tetapi ia menjadi sebuah provinsi tersendiri bersamaan dengan Banten dan Gorontalo pada 2000. Pada 2004 penduduknya adalah 1,012,655. Ibu negerinya adalah Pangkal Pinang.Kepulauan ini mempunyai pelombongan (penghasil terbesar biji timah di Indonesia). Mereka juga menghasilkan lada putih CPO dsb.Bangka Belitung juga mempunyai banyak pantai dan pulau-pulau lebih kecil yang telah menarik perhatian pelancong dari merata dunia. Pantai-pantai yang termasyhur adalah Pantai Matras, Pantai Parai, Pantai Tanjung Pesona, Pantai Batu Bedaun, Pantai Remodong, Pantai Pasir Padi, Pantai Tanjung Kelian, Pantai Rebo, Pantai Telok Uber dan yang lain-lain.

Kepulauan Bangka Belitung

• Ranking 29th
Dinaiktaraf sebagai Negeri 21 November 2000
• Etnik Malays (52.5%), Chinese (29.1%), others.
• Chinese 邦加-勿里洞
• Kepadatan 84/km2 (220/batu persegi)
• Jawi بڠک بليتوڠ
Kod Kawasan (62)7xx
Plat Kenderaan BN
Zon waktu UTC+7 (Indonesia Western Time)
Ranking kawasan 27th
• Bahasa Indonesian, Melayu, Hakka
• Agama Muslim (60%), Buddha (22.2%), Konfusianisme (8.3%), Protestan (4.8%), Katolik (1.2%), Hindu (0.1%)[2]
• Timbalan Gabenor Hidayat Arsani
Laman web babelprov.go.i
Ditubuhkan 14 Ogos 1950, sebagai bahagian wilayah negeri Sumatera Selatan
Demonym(s) Bangka-Belitungese
Warga Bangka-Belitung (id)
Poskod
30xxx, 31xxx, 32xxx
Negara  Indonesia
• Jenis Kerajaan Negeri
• Jumlah 1,372,813
Ibu Negeri Pangkal Pinang
Highest elevation 669 m (2,195 ft)
• Gabenor Rustam Effendi