Kerabat_Orange-Nassau

Kerabat Oranye-Nassau (dalam Bahasa Belanda: Huis van Oranje-Nassau), suatu cabang Rumah Nassau Eropah, telah memainkan peranan utama dalam kehidupan politik Belanda — dan pada sesetengah zaman di Eropah — sejak William I dari Oranye (juga digelarkan "William si Senyap" dan "Bapa Tanah Air") mengaturkan pemberontakan Belanda terhadap pemerintahan Sepanyol, yang selepas Perang Lapan Puluh Tahun membawa kepada sebuah negara Belanda yang merdeka. Beberapa ahli rumah berkhidmat sewaktu perang ini dan selepasnya sebagai gabenor atau stadtholder (bahasa Belanda stadhouder). Bagaimanapun, pada 1815, selepas suatu jangka panjang sebagai sebuah republik, Belanda menjadi sebuah pemerintahan beraja di bawah Rumah Oranye-Nassau.Dinasti ini telah ditubuhkan sebagai akibat perkahwinan Hendrik III dari Nassau-Breda dari Jerman dan Claudia dari Châlon-Oranye dari Burgundy Perancis pada 1515.Anak lelaki mereka René mewarisi pada 1530 Kerajaan Oranye dari saudara ibunya, Philibert dari Châlon. Sebagai Nassau pertama untuk menjadi Putera Oranye, Rene dapat menggunakan "Oranye-Nassau" sebagai nama keluarga barunya. Meskipun demikian, bapa saudaranya, dalam wasiatnya, telah mensyaratkan yang René meneruskan penggunaan nama Châlon-Oranye. Sejarah lalu mengenalinya sebagai René dari Châlon. Selepas kematian René pada 1544 sepupunya William dari Nassau-Dillenburg mewarisi kesemua tanahnya. "William I dari Oranye" ini menjadi pengasas Rumah Oranye-Nassau.