Kerajaan_Am
Kerajaan_Am

Kerajaan_Am

Kerajaan Am (General Government) (Bahasa Jerman: Generalgouvernement, Bahasa Poland: Generalne Gubernatorstwo, Bahasa Ukraine: Генеральна губернія), juga dirujuk sebagai Wilayah Gabenor Jeneral (General Governorate), adalah zon pendudukan Jerman yang ditubuhkan selepas pencerobohan bersama Poland oleh Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet pada tahun 1939 di awal Perang Dunia II. Republik Poland Kedua yang baru diduduki ini telah dipecah kepada tiga zon: Kerajaan Am di bahagian tengah, kawasan Poland yang diilhak oleh Jerman Nazi di bahagian barat, dan kawasan Poland yang diilhak oleh Soviet Union di bahagian timur. Wilayah ini diperbesarkan lagi pada tahun 1941 dengan kemasukkan Daerah Galicia yang baru.[2]Asas pembentukan Kerajaan Am merupakan tuntutan Jerman-Soviet terhadap keruntuhan menyeluruh negara Poland, diumumkan oleh Adolf Hitler pada 8 Oktober 1939 melalui apa yang disebut Dekri Pengilhakan ke atas Pentadbiran Wilayah Taklukan Poland. Rasional ini digunakan oleh Mahkamah Agung Jerman untuk menukar identiti semua warganegara Poland kepada rakyat tanpa negara, dengan pengecualian etnik Jerman di zaman antara perang Poland, menamakan hanya warganegara yang sah dari Reich Ketiga dengan membelakangkan undang-undang antarabangsa.[2]Kerajaan Am diuruskan oleh Jerman Nazi sebagai sebuah unit pentadbiran berasingan untuk tujuan logistik. Apabila Wehrmacht menyerang kedudukan Soviet di Kresy pada Jun 1941 semasa kejayaan awal Operasi Barbarossa, kawasan Kerajaan Am telah diperbesarkan dengan kemasukan wilayah-wilayah Poland yang diduduki oleh Tentera Merah sejak tahun 1939.[3] Dalam beberapa hari, Galicia Barat telah ditakluki dan dinamakan semula Distrikt Galizien. Sehingga tahun 1945 Kerajaan Am merangkumi seluruh bahagian tengah, selatan, dan tenggara Poland diantara sempadan sebelum perang (dan Ukraine Barat moden), termasuk bandar-bandar utama Poland iaitu Warsaw, Kraków, Lwów (sekarang Lviv, dinamakan semula Lemberg), Lublin (lihat Tanah rizab Lublin), Tarnopol (lihat sejarah Ghetto Tarnopol), Stanisławów (sekarang Ivano-Frankivsk, dinamakan semula Stanislau; lihat Ghetto Stanisławów), Drohobycz, dan Sambor (lihat Drohobycz dan Ghetto Sambor) dan lain-lain. Lokasi geografi telah dinamakan semula dalam bahasa Jerman.[2]Pentadbiran Kerajaan Am diisi sepenuhnya oleh para pegawai Jerman dengan tujuan bahawa kawasan itu akan dijajah oleh peneroka-peneroka berbangsa Jerman yang akan mengurangkan penduduk tempatan ke tahap hamba sebelum pengusiran dan pemusnahan akhir mereka. Para penguasa Jerman Nazi dari Generalgouvernement tidak mempunyai niat untuk berkongsi kuasa dengan penduduk tempatan disepanjang peperangan, tanpa mengira etnik dan orientasi politik mereka. Pihak berkuasa jarang menyebut nama "Poland" dalam hal surat-menyurat. Satu-satunya pengecualian untuk ini ialah Bank Percetakan di Poland (bahasa Poland: Bank Emisyjny w Polsce Kerajaan Am, bahasa Jerman: Emissionbank in Polen).[4][5]

Kerajaan_Am

1939 95,000 km2 (37,000 bt2)
1941 142,000 km2 (55,000 bt2)
Status Komponen pentadbiran berautonomi
Jerman[1]
Ibu kota Litzmannstadt (12 Okt – 4 Nov 1939)
Krakau (4 Nov 1939 – 1945)
Pemerintahan Pentadbiran awam
• 1939–1941 Arthur Seyss-Inquart
Bahasa lazim Jerman (rasmi)
Poland
Ukraine
Yiddish
• Penyerangan Vistula–Oder Penyerangan Vistula–Oder
Era sejarah Pendudukan Poland dalam Perang Dunia II
Hari ini sebahagian daripada  Poland
 Slovakia
 Ukraine
• Pencerobohan PolandPencerobohan Poland 12 Oktober 1939
• 1941–1945 Josef Bühler
Setiausaha Negara  
Mata wang złoty
Reichsmark
• 1941 12000000
Gabenor Jeneral  
• 1939–1945 Hans Frank

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan_Am http://histclo.com/essay/war/ww2/cou/pol/ww2p-gg.h... http://www.law.umkc.edu/faculty/projects/ftrials/n... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... http://www1.yadvashem.org/odot_pdf/Microsoft%20Wor... http://www.chroniclesofterror.pl/dlibra http://www.radiomaryja.pl/informacje/aktion-saybus... https://books.google.ca/books?id=7awh6IfB_HsC https://books.google.com/books?id=J_BCNrHG9K8C&pg=... https://books.google.com/books?id=J_BCNrHG9K8C&pri... https://books.google.com/books?id=jLfX1q3kJzgC&pri...