Kerajaan_Naning

Naning ialah suatu kawasan di Melaka, Malaysia. Walau bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16. Menurut Newbold (1839), Naning merupakan salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan yang melibatkan sembilan buah negeri (rantau Minangkabau) yang diteroka masyarakat Minangkabau daripada Sumatera Barat. Naning mula diteroka oleh orang Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad yang ke-14. Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli. Disamping itu, wilayah Naning diperintah oleh seorang Penghulu yang bergelar Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah daripada keluarga Nan Bergajah Tunggal (kerabat Naning). Sistem pentakbiran di Naning bukanlah bersifat autokrasi tetapi lebih kepada sifat demokrasi iaitu sistem adat Nan Berjenjang Naik yang membawa maksud pembesar atau ketua dalam sesuatu komuniti (dalam Naning) tertakhluk kepada kuasa daripada orang bawahannya. Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya sendiri apabila pemerintahan dilicinkan lagi dengan kewujudan Lembaga Adat Naning (LAN) yang mempunyai beberapa pecahan struktur.Nama Pembesar di Naning2. YM Dato' Paduka Seri Maharaja3. YM Dato' Paduka Seri Syahbandar4. YM Dato' Paduka Seri Menteri Penghulu 5. Tiga Orang Ibu Soko dari setiap perut2. YM Dato' Paduka Seri Angkai Bosa @ Orang Kaya BesarYM Dato' Paduka Seri Niko @ Andika Maharaja3. YM Dato' Paduka Seri Mangun @ Membangun4. YM Dato' Paduka Seri Angkai Kecil @ Orang Kaya KecilAnak Melaka PayaAnak Melaka KundangTiga BatuMungkal2. YM Dato' Seri Maulana Garang3. YM Dato' Seri MempelasSemelenggang Air HangatSemelenggang Bunga Tanjung