Kereta_kebal_T-34
Kereta_kebal_T-34

Kereta_kebal_T-34

Kereta kebal T-34 merupakan kereta kebal sederhana Soviet yang dihasilkan bermula pada 1940 hingga 1958. Ia dianggap secara meluas sebagai salah satu kereta kebal terbaik dunia ketika Kesatuan Soviet terbabit dalam Perang Dunia Kedua, dan sungguhpun perisai dan persenjataannya dilepasi oleh kereta kebal berikutnya dalam era tersebut, ia sering kali dipuji sebagai reka bentuk paling berpengaruh, berkesan dan berguna semasa perang.[1] Pertama kali dihasilkan di kilang KhPZ di Kharkov (Kharkiv, Ukrainian SSR), ia merupakan tunjang pasukan berperisai Soviet sepanjang Perang Dunia II, dan dieksport secara meluas selepas perang. Ia merupakan kereta kebal terbanyak dihasilkan semasa perang dan kereta kebal yang kedua terbanyak dihasilkan sepanjang masa, selepas penggantinya siri T-54/55 (Harrison 2002). Pada 1996, kereta kebal T-34 masih digunakan dalam perkhidmatan dalam sekurang-kurangnya dua puluh tujuh negara.T-34 telah dibangunkan dari kereta kebal BT jenis kereta kebal kavalri dan bertujuan bagi menggantikan kedua-dua kereta kebal BT-5 dan kereta kebal BT-7 dan kereta kebal infantri T-26 yang dalam perkhidmatan (Zaloga & Grandsen 1984:66, 111). Pada pengenalannya, ia merupakan kereta kebal terbaik dengan ciri-ciri kuasa tembak, pergerakan, perlindungan, kelasakan seimbang, sungguhpun pada awalnya keberkesanan medan tempurnya terjejas akibat tatarajah ergonomik kakitangannya yang kurang memuaskan, kekurangan radio dua hala, dan taktik ketenteraan yang lemah. Aturan turet dua krew memaksa komander juga bertindak sebagai jurutembak, susun atur yang biasa bagi kereta kebal Soviet masa itu; ini terbukti kurang baik berbanding krew turet tiga orang (komander, jurutembak, dan pengisi).Reka bentuk dan pembinaan kereta kebal dipertingkat secara berterusan semasa perang untuk meningkat keberkesanan dan mengurangkan kos, membenarkan sejumlah besar T-34 dihasilkan secara berterusan. Menjelang awal 1944, T-34-85 yang dipertingkat diperkenalkan, dengan meriam 85 mm dan reka bentuk tiga krew turet. Menjelang akhir perang pada 1945, T-34 yang serbaboleh dan murah telah menggantikan kebanyakan kereta kebal ringan dan berat yang berkhidmat, dan membentuk majoriti pengeluaran kereta kebal Soviet semasa Perang Dunia Kedua. Perkembangan evolusinya mendorong kepada kereta kebal siri T-54/55, dibina sehingga 1981 dan masih beroperasi sehingga 2009.

Rujukan

WikiPedia: Kereta_kebal_T-34 http://www.achtungpanzer.com/t34.htm http://www.missing-lynx.com/articles/russia/rpt34/... http://www.wwiivehicles.com/ussr/tanks-medium/t-34... http://www.wwiivehicles.com/ussr/tanks-medium/t-34... http://digital.library.unt.edu/ http://digital.library.unt.edu/permalink/meta-dc-1... http://www.knox.army.mil/center/ocoa/ArmorMag/ja98... http://web.archive.org/20010423204154/www.geocitie... http://www.battlefield.ru/index.php?option=com_con... http://www.battlefield.ru/index.php?option=com_con...