Ringkasan Keropok_Lekor_Terengganu

Keropok Lekor Terengganu merupakan satu dokumentasi khas mengenai warisan kebanggaan masyarakat negeri Terengganu Darul Iman. Ia membincangkan mengenai industri keropok lekor yang merupakan salah satu daripada industri yang berkembang pesat di negeri Terengganu. Buku Keropok Lekor Terengganu merungkai proses penghasilan keropok lekor di Terengganu, daripada lokasi pendaratan ikan hinggalah ke peringkat pemasaran global. Buku ini juga memberi tumpuan kepada hasil penyelidikan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkaitan industri keropok lekor di Terengganu.