Keroro
Keroro

Keroro

Keroro (ケロロ軍曹, Keroro Gunsō, "Sarjan Keroro") ialah siri manga karya Mine Yoshizaki, serta siri anime televisyen yang diadaptasi dari manga tersebut dan diarah oleh Junichi Sato. Kedua-dua anime dan manga ini berbentuk komedi dan mengisahkan cubaan satu platun makhluk asing berupa katak dari planet Keron yang cuba menawan planet Bumi. Sarjan Keroro, watak utama cerita ini, merupakan ketua platun ini, tetapi menerima balas kasihan satu keluarga manusia bertiga. Keroro terpaksa membuat kerja-kerja harian seperti disuruh oleh keluarga itu setelah tenteranya meninggalkan platunnya di Bumi.Siri ini banyak menyentuh unsur-unsur budaya popular, terutamanya Gundam, Starblazers, dan Neon Genesis Evangelion. Pelbagai judul anime, permainan, manga, dan aspek-aspek lain dalam budaya pop diajuk atau disentuh di sepanjang siri ini sebagai bonus kepada para penonton yang berusia lebih matang. Kedua-dua versi manga dan anime banyak dibanjiri sentuhan budaya pop, sungguhpun cerita yang sama namun mungkin berbeza sentuhannya antara kedua-dua media ini. Misalnya, versi anime tidak menonjolkan sentuhan Evangelion dan mana-mana judul yang tidak dipegang hakciptanya oleh Bandai secara jelas, sebaliknya cuma mewujudkan semula suasana adegan-adegan anime lain. Sebaliknya, anime ini jauh lebih cendering kepada menyentuh Gundam kerana Bandai memegang hakcipta francais Gundam.Anime Keroro masih disiarkan di Jepun (melalui saluran Animax, TV Tokyo dan rangkaian TXN) sejak bermula siaran pada tahun 2004. Anime ini tiba di kaca televisyen Malaysia melalui ntv7 pada 27 April 2007.Pada tahun 2005, siri manga ini meraih Anugerah Manga Shogakukan ke-50 dalam kategori kanak-kanak.