Kontroversi Keroro

Di Korea Selatan, sentimen anti-Jepun tertanam di kalangan blogger negara semenanjung itu dengan gesaan agar siri Keroro diberhentikan siarannya, atas sebab bahawa siri animasi ini memupuk imperialisme ketenteraan di kalangan kanak-kanak muda. Antara dalil-dalilnya termasuk:

  • Topi kuning makhluk Keron serupa dengan topi yang dipakai oleh askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua
  • Sedutan pembuka bagi arc kedua siri ini memaparkan "Kyokujitsu-ki (bendera tentera imperial Jepun)", iaitu bendera perang Jepun yang pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua
  • Pangkat tentera "Gunso" di Jepun dipisahkan menjadi dua pangkat berlainan selepas perang dunia, maka penggunaan "Gunso" sebagai perkataan utama tajuk siri ini memupuk militarisme

Kebanyakan rakyat Korea menganggapnya sebagai reaksi yang keterlaluan, kerana rancangan pencerobohan tentera Keroro kerap gagal dengan teruknya, maka ini boleh dipandang sebagai mempersendakan idea imperialisme yang kolot dalam konteks Jepun moden. Sebaliknya, Keroro memupuk konsep persahabatan, keadilan, dan kebaikan, jika hanya melalui bagaimana untuk tidak berancang untuk menakluki dunia.

Selain itu, Tamama dicurigai sebagai homoseksual lalu dikritik oleh kumpulan-kumpulan Kristian, apabila pada permulaan jilid 4 manga berkenaan, watak berkenaan mabuk pada sebuah parti Tahun Baru lalu mengakui azam tahun barunya ialah untuk berasmara dengan Keroro.