Sungai Kerteh

  • Sungai Kerteh adalah sungai utama yang berpunca dari Sungai Mat Ikal, Sungai Chabang dan Sungai Batu Puteh.


Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal daripada nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.