Sejarah Kerteh

Asalnya ramai penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekerja buatan tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan. Tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.

  • 1920-an : Telah wujud industri membuat belacan, ikan kering dan budu. Bot nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.Dahulu Kerteh adalah pusat perdagangan kerana menjadi tempat persinggahan perahu besar

Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kajicuaca.

Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.