Keruntuhan_World_Trade_Center
Keruntuhan_World_Trade_Center

Keruntuhan_World_Trade_Center

Koordinat: 40°42′41.12″N 74°00′44.00″W / 40.7114222°N 74.0122222°W / 40.7114222; -74.0122222Kedua-dua menara berkembar World Trade Center tumbang pada 11 September 2001, kesan serangan 11 September 2001 angkara al-Qaeda,[1] yang mana pengganas yang bersekutu dengan al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil, kemudian menghempaskan sebuah ke dalam Menara Utara (1 World Trade Center) dan satu lagi ke Menara Selatan (2 World Trade Center).[2] Menara Selatan runtuh pada 9:59 pagi, tak lebih sejam selepas dihempas oleh pesawat yang dirampas itu, kemudian pada 10:28 pagi, Menara Utara pula yang runtuh. Kemudian pada hari itu, 7 World Trade Center runtuh pada 5:21 petang akibat kebakaran yang tercetus apabila menara utara tumbang.[3] Kesan serangan ke atas menara-menara ini, 2,752 orang terkorban, termasuk semua 157 penumpang dan kru yang menaiki kedua-dua kapal terbang.[4] Keruntuhan menara berkembar juga menyebabkan kerosakan menyeluruh di seluruh kompleks dan bangunan-bangunan yang berdekatan. Sisa runtuhan daripada menara yang runtuh itu dengan begitu teruk merosakkan dan menghancurkan puluhan binaan yang berdekatan.Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menyiapkan kajian prestasi bangunan-bangunan yang terbabit pada Mei 2002. Ia membuat kesimpulan bahawa reka bina WTC adalah utuh, dan keruntuhan itu disebabkan sepenuhnya oleh faktor-faktor luar biasa yang di luar kawalan pihak pembina. Sementara menyeru kajian selanjutan, FEMA mengusulkan bahawa keruntuhan ini barangkalinya dimulakan oleh penggoyahan gelegar lantai oleh hempasan kapal terbang. Menurut laporan FEMA, lantai-lantai terputus dari struktur utama bangunan lalu tertimbus di atas satu sama lain, sekaligus memulakan keruntuhan "penkek" yang ber.[5]Siasatan awal FEMA dikaji semula oleh satu lagi siasatan susulan yang lebih terperinci oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) yang turut berunding dengan entiti-entiti kejuruteraan luar. Siasatan ini selesai pada September 2005. NIST mewajarkan dapatan FEMA terhadap reka bina WTC, dengan mengulas bahawa kekerasan serangan serta magnitud kemusnahannya adalah di luar segala yang dialami di kota-kota Amerika Syarikat pada zaman dahulu. NIST juga menekankan peranan kebakaran itu, tetapi tidak menuding jari kepada keruntuhan gelegar lantai atas keruntuhan WTC. Sebaliknya, NIST mendapati bahawa lantai yang kendur tertarik ke dalam pada tiang-tiang perimeter:"Ini menyebabkan lenturan tiang-tiang perimeter ke dalam serta kerosakan muka selatan WTC 1 dan muka timur WTC 2, yang memulakan keruntuhan setiap satu menara itu."[6]