Keruntuhan_bangunan_Savar_2013
Keruntuhan_bangunan_Savar_2013

Keruntuhan_bangunan_Savar_2013

Pada 24 April 2013, sebuah bangunan perdagangan lapan tingkat, Rana Plaza, runtuh di Savar, sebuah daerah kecil dekat Dhaka, ibu negara Bangladesh. Sekurang-kurangnya 1,126 orang maut dan sekitar 2,500 orang lagi cedera.[3][6]Bangunan yang menempatkan kilang-kilang pakaian, sebuah bank, dan beberapa kedai lain, runtuh pada waktu kemuncak pagi.[4][7][8] Amaran demi amaran supaya mengelak dari memasuki bangunan berkenaan setelah munculnya rekahan pada hari sebelumnya tidak diendahkan.[9] Hanya lima bulan selepas sebuah kebakaran besar di sebuah lagi kilang pakaian di Dhaka,[10] kejadian ini dikira sebagai kemalangan industri yang paling teruk dalam sejarah Bangladesh.[11]

Keruntuhan_bangunan_Savar_2013

Tarikh 24 April 2013
Masa 8:45 pagi BST (UTC+06:00)[1]
Koordinat 23°50′46″N 90°15′27″E / 23.84611°N 90.25750°E / 23.84611; 90.25750Koordinat: 23°50′46″N 90°15′27″E / 23.84611°N 90.25750°E / 23.84611; 90.25750
Kematian Tidak kurang 1,126[2]
Suspek
  • Sohel Rana, pemilik[4]
  • Bazlus Samad Adnan, pemilik New Wave Buttons[5]
  • Mahbubur Rahman Tapash, pengarah urusan New Wave Buttons[5]
  • Emtemam Hossain, jurutera[5]
  • Alam Miah, pembantu jurutera[5]
  • Aminul Islam, pemilik dan pengerusi Phantom Apparels & Phantom Tack[5]
Kecederaan Sekitar 2,500[3]
Lokasi Savar Upazila,
Daerah Dhaka, Bangladesh

Rujukan

WikiPedia: Keruntuhan_bangunan_Savar_2013 http://www.abc.net.au/news/2013-04-26/up-to-1000-f... http://bdnews24.com/bangladesh/2013/04/24/rana-pla... http://www.clickittefaq.com/featured-area/savar-co... http://edition.cnn.com/2013/04/24/world/asia/bangl... http://news.yahoo.com/police-bangladesh-collapse-d... http://www.thedailystar.net/beta2/news/like-a-pack... http://www.thedailystar.net/beta2/news/raids-fail-... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-22275597 http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-22378539