Kesalingan merupakan cara dua organisma yang berlainan spesies
berinteraksi dalam satu hubungan yang mana setiap individu memperoleh manfaat
ketegapan (yakni hasil pembiakan yang meningkat atau bertambah baik). Interaksi yang sedemikian sesama yang sama spesies dipanggil
kerjasama. Kesalingan boleh dikontraskan dengan
persaingan antara spesies, yang mana setiap spesies mengalami kemerosotan ketegapan);
perdayaan atau
parasitisme, yang mana satu spesies mendapat manfaat sehingga menjejaskan spesies yang lain. Kesalingan ialah sejenis
simbiosis. Simbiosis pada amnya memaksudkan hubungan antara spesies baik secara bersaling,
parasit, mahupun
komensel. Kesalingan itu hanya salah satu jenisnya.Satu contoh terbaik kesalingan ialah hubungan antara
ungulat (seperti
lembu) dan
bakteria di dalam
ususnya. Ungulat mendapat manfaat daripada
selulase hasilan bakteria yang membantu
pencernaan; bakteria pula mendapat manfaat daripada bekalan
nutrien yang mantap dalam persekitaran
perumah.Kesalingan memainkan peranan penting dalam
ekologi. Contohnya, interaksi bersaling adalah penting untuk fungsi
ekosistem daratan kerana lebih 48% tumbuhan daratan bergantung pada hubungan
mikoriza dengan
fungi untuk memberi mereka sebatian tak organik serta elemen-elemen kesan. Selain itu, kesalingan adalah penting untuk mendorong evolusi yang melahirkan kepelbagaian hidupan yang sedia wujud, seperti bentuk
bunga (penting untuk kesalingan
pendebungaan) dan
evolusi bersama sesama kelompok-kelompok spesies.
[1] Bagaimanapun, sepanjang zaman kesalingan kurang menerima perhatian berbanding interaksi-interaksi lain seperti
pemangsaan dan
parasitisme.
[2][3]Tidak selalunya jelas dan mudah untuk menentukan setepatnya sejauh mana manfaat
ketegapan kepada individu dalam hubungan bersaling, terutamanya yang mana individu boleh menerima manfaat daripada pelbagai spesies, misalnya kebanyakan kesalingan antara tumbuhan dan haiwan
pendebunga. Oleh itu, adalah kebiasaan untuk mengkategorikan kesalingan menurut kerapatan hubungan, dengan istilah-istilah seperti
obligat (keperluan) and
fakultatif (pilihan). Walaupun begitu, mengukur "kerapatan" itu juga sukar. Mungkin ia memaksudkan kebergantungan bersaling (spesies tanpa hidup tanpa satu sama lain) atau keintiman biologi hubungan itu berkenaan kerapatan jasmani (cth., satu spesies hidup di dalam tisu spesies yang lain).
[4]