Kesateria_Templar
Kesateria_Templar

Kesateria_Templar

Knight Templar atau Kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), merupakan antara pertubuhan pasukan tentera dari Kristian Barat yang paling terkenal.[3] Pertubuhan ini bertahan selama dua kurun semasa Zaman Pertengahan. Ia ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1096, dengan tujuan asalnya untuk memastikan keselamatan penganut Kristian yang mengunjungi Jerusalem selepas penaklukannya.Kesatria Templar secara rasmi disokong oleh Gereja Katolik Rom sekitar tahun 1129, dan menjadi pertubuhan kebajikan yang disukai di seluruh dunia Kristian hinggakan keahliannya dan kuasanya berkembang dengan pantas. Kesatria Templar memakai mantel putih dan salib yang berwarna merah. Mereka adalah di antara unit tempur yang memiliki kemahiran tinggi semasa perang-perang salib.[4] Ahli-ahli pasukan ini yang tidak berperang akan menguruskan infrastruktur ekonomi di seluruh dunia Kristian, memperkenalkan teknik-teknik kewangan seperti perbankan,[5][6] dan membina banyak kubu di seluruh Mediterranean dan Tanah Suci.Kejayaan Templar bergantung rapat dengan perang salib; apabila kehilangan Tanah Suci, sokongan terhadap pasukan ini mula pudar. Khabar-khabar angin berkenaan upacara-upacara rahsia membawa kepada ketidakpercayaan, sementara Raja Philip IV dari Perancis yang mempunyai banyak hutang dengan pasukan ini mula menekan Paus Clement V bagi mengambil tindakan ke atas Kesatria Templar. Pada tahun 1307, ramai anggota pasukan ini di Perancis telah ditahan, dan diseksa untuk memberi pengakuan palsu. Mereka kemudian dihukum bakar hidup-hidup.[7] Pada tahun 1312, Paus Clement, di bawah tekanan berterusan daripada Raja Philip, telah membubarkan pasukan Kesatria Templar.

Kesateria_Templar

Aktif c. 1119–1314
Penaung St. Bernard dari Clairvaux
Nama samaran Order of the Temple
Pakaian Mantel putih dengan salib merah
Kesetiaan Papacy
Pertempuran Perang Salib, termasuk:
Pertempuran Montgisard (1177),
Pertempuran Hattin (1187),
Pertempuran Arsuf (1191),
Pengepungan Acre (1190–1191),
Pengepungan Acre (1291)
Reconquista
Grand Master terakhir Jacques de Molay
Ibu pejabat Gunung Kuil, Jerusalem
Grand Master pertama Hugues de Payens
Saiz 15,000–20,000 anggota semasa kemuncaknya, 10% daripadanya adalah kesatria[1][2]
Jenis Kristian Barat perintah tentera