Sejarah Kesatuan_Pemuliharaan_Alam_Sekitar_Antarabangsa

Logo sebelum "World Conservation Union" digugurkan sebagai nama rasmi.

Sir Julian Huxley, Ketua Pengarah pertama UNESCO, mengingini memberi UNESCO suatu asas yang lebih saintifik, lalu menganjurkan sebuah kongres untuk mengasaskan sebuah institusi alam sekitar yang baharu demi membantu mencapai tujuan tersebut.[2] Dalam kongres pertama yang diadakan di Fontainebleau, Perancis pada 5 Oktober 1948, 18 buah pemerintahan, 7 pertubuhan antarabangsa, dan 107 pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi negara kesemuanya bersetuju untuk membentuk institusi tersebut dan menandatangani "akta perlembagaan" bagi tujuan mencipta sebuah Kesatuan Antarabangsa untuk Melindungi Alama Semula Jadi.[2]

Sejak permulaan itu, strategi dan dasar utama institusi adalah untuk memeriksa dan mempromosikan usaha pemuliharaan yang saling memanfaatkan dan yang bersesuaian dengan usaha untuk menggalakkan pembangunan serta membantu penduduk dan negara memelihara flora dan fauna dengan lebih berkesan.[2] Sebagai prinsip kendalian utama, institusi itu (dalam segala bentuknya) sentiasa menegaskan keperluan untuk memenuhi keperluan negara, komuniti, dan penduduk tempatan supaya mereka boleh mengambil pemilikan matlamat dan tujuan pemuliharaan jangka panjang masa depan di kawasan masing-masing: [2]

Kawasan terlindung dan spesies terancum boleh dilindungi dengan paling berkesan jika orang tempatan menganggap perbuatan sedemikian sebagai sesuatu yang memanfaatkan sendiri. Bekerjasama dengan orang tempatan, berbanding dengan menentang mereka, merupakan prinsip kerja utama IUCN.
 
— m.s. 61

Strategi Pemuliharaan Sedunia IUCN (1980) diasaskan pada jenis prinsip tersebut, dengan cita-cita IUCN untuk mengadakan dialog yang lebih berkesan dengan para penggalak pembangunan manusia diumumkan dengan jelas. Strategi itu telah dipuji di seluruh pelosok dunia dan lantaran itu, mendatangkan biaya daripada banyak penderma yang tidak berasa diri atau Pertubuhan Bangsa Bersatu dan bank antarabangsa dapat berbuat sedemikian dengan negara-negara membangun secara berkesan.[2]

IUCN kini telah berkembang ke banyak negara di seluruh dunia. Ia menyediakan perkhidmatan sekumpulan pakar yang terdiri sebahagian besarnya daripada para sukarelawan yang memberi nasihat dan perkhidmatan pemuliharaan peringkat tempatan. Rangkaian Jawatankuasa dan badan penasihat kawasan kini juga diperluas ke semakin banyak negara.[2]

Kronologi

Sesetengah tarikh utama dalam pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan IUCN termasuk: [2]

  • 1956: Nama pertubuhan ditukarkan daripada International Union for the Preservation of Nature (IUPN) kepada International Union for the Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN)
  • 1959: UNESCO memutuskan untuk mencipta sebuah senarai antarabangsa Taman Alam Semula Jadi dan hutan simpan yang serupa. Justera, Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu meminta IUCN untuk menyediakan senarai tersebut.
  • 1961: Selepas menghadapi masalah pembiayaan selama melebihi sedekad, tokoh sains dan perniagaan yang terutama (termasuk Sir Julian Huxley) memutuskan untuk menubuhkan sebuah tabung pelengkap (Tabung Alam Sedunia) untuk menumpukan penubuhan tabung, hubungan awam, dan peningkatan sokongan awam terhadap pemuliharaan alam sekitar.
  • 1969: IUCN mendapat bantuan daripada Yayasan Ford yang membolehkanya mengukuhkan sekretariat antarabangsa dengan ketara.
  • 1972: UNESCO menerima Persidangan Mengenai Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Sedunia dan IUCN diundang untuk memberi penilaian dan pengawasan teknikal.
  • 1974: IUCN terlibat dalam mendapatkan persetujaan daripada anggota-anggotanya untuk menandatangani Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES, Persidangan Mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar). Sekretariat CITES pada mula-mulanya ditempatkan di dalam bangunan IUCN.
  • 1975: Keputusan Persidangan mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa (Persidangan Ramsar) dikuatkuasakan dan sekretariatnya ditadbirkan dari ibu pejabat IUCN.
  • 1980: IUCN (bersama-sama dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Tabung Alam Sedunia) bermuafakat dengan UNESCO untuk menerbitkan Strategi Pemuliharaan Sedunia.
  • 1982: Menyusuli persediaan dan usaha IUCN, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima Piagam Dunia untuk Alam Sekitar
  • 1990: Pertubuhan bermula menggunakan nama World Conservation Union sebagai nama rasmi, di samping terus menggunakan "IUCN" sebagai singkatan.
  • 1993: IUCN (bersama-sama dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Tabung Alam Sedunia) menerbitkan Caring for the Earth (Menyayangi Bumi).
  • 2008: Pertubuhan menghentikan penggunaan nama World Conservation Union sebagai nama rasmi dan mengembalikan namanya kepada International Union for Conservation of Nature.