Keseimbangan_selang
Keseimbangan_selang

Keseimbangan_selang

Keseimbangan selang merupakan suatu teori dalam biologi evolusi yang mencadangkan bahawa kebanyakkan spesies hanya menunjukkan sedikit perubahan evolusi pada sebahagian besar sejarah geologi mereka dalam suatu keadaan yang panjang yang dipanggil sebagai stasis. Apabila perubahan evolusi yang ketara berlaku, teori ini menjelaskan bahawa perubahan tersebut terhad kepada peristiwa penspesiasan bercabang yang cepat dan jarang yang disebut sebagai kladogenesis. Kladogenesis adalah proses di mana suatu spesies berpecah kepada dua spesies berbeza dan bukannya satu spesies, dimana ia berubah secara beransur-ansur kepada spesies yang lain.[1]Keseimbangan selang biasanya dianggap bertentangan dengan teori gradualisme filetik yang menyatakan bahawa evolusi secara umumnya terjadi secara seragam dan melalui perubahan yang tetap dan beransur-ansur (disebut anagenesis). Menurut pandangan ini, evolusi terjadi secara lancar dan berterusan. Pada 1972, ahli paleontologi Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould menerbitkan karya ilmiah yang mengembangkan teori keseimbangan selang.[2] Karya mereka berdua dihasilkan berdasarkan teori penspesiesan geografi oleh Ernst Mayr,[3] teori homeostasis genetik dan perkembangan oleh I. Michael Lerner[4] serta penyelidikan empirik mereka sendiri.[5][6] Eldredge dan Gould mencadangkan bahawa gradualisme yang secara umumnya dikaitkan dengan Charles Darwin hampir tidak wujud dalam rekod fosil dan stasis itu menguasai sejarah kebanyakkan spesies fosil.

Rujukan

WikiPedia: Keseimbangan_selang http://www.blackwellpublishing.com/ridley/classict... http://www.blackwellpublishing.com/ridley/classict... http://books.google.com/books?hl=en&id=cgKUZXeRoOY... http://www.nileseldredge.com/NELE.htm http://www.nileseldredge.com/pdf_files/Allopatric_... http://www.nileseldredge.com/pdf_files/Punctuated_... //doi.org/10.2307%2F2406508 //www.jstor.org/stable/2406508 http://www.scholarpedia.org/article/Punctuated_equ... http://www.stephenjaygould.org/library/mayr_punctu...