Sejarah Keseimbangan_selang

Keseimbangan selang bermula sebagai lanjutan logik daripada konsep Ernst Mayr mengenai evolusi genetik melalui penspesiesan alopatri dan secara khususnya peripatri sebagaimana yang terpakai bagi rekod fosil. Walaupun kerja-kerja asas teori tersebut telah dicadangkan dan dikenal pasti oleh Mayr pada 1954,[3] sejarawan sains secara umumnya mengiktiraf karya ilmiah Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould sebagai pelopor program penyelidikan paleobiologi baharu.[7][8] Teori ini berbeza daripada hipotesis Mayr kerana Eldredge dan Gould lebih menekankan kepada konsep stasis, manakala Mayr lebih berkenan dengan ketakselanjaran morfologi (atau "lompatan mendadak")[9] yang dijumpai dalam rekod fosil.[7] Mayr kemudiannya memuji karya ilmiah milik Eldredge dan Gould dan menyatakan bahawa stasis evolusi adalah "tidak dijangka oleh sebahagian besar ahli biologi evolusi" dan keseimbangan selang "memberi kesan besar kepada paleontologi dan biologi evolusi".[7]

Setahun sebelum karya Eldredge dan Goulddi diterbitkan, Niles Eldredge menerbitkan karya ilmiah di dalam jurnal Evolution yang mencadangkan bahawa evolusi beransur jarang dilihat dalam rekod fosil dan berhujah bahawa mekanisme standard Ernst Mayr mengenai penspesiesan alopatri mungkin menjadi penyelesaiannya.[5]

Rujukan

WikiPedia: Keseimbangan_selang http://www.blackwellpublishing.com/ridley/classict... http://www.blackwellpublishing.com/ridley/classict... http://books.google.com/books?hl=en&id=cgKUZXeRoOY... http://www.nileseldredge.com/NELE.htm http://www.nileseldredge.com/pdf_files/Allopatric_... http://www.nileseldredge.com/pdf_files/Punctuated_... //doi.org/10.2307%2F2406508 //www.jstor.org/stable/2406508 http://www.scholarpedia.org/article/Punctuated_equ... http://www.stephenjaygould.org/library/mayr_punctu...