Demografi Kesuburan

Dalam konteks demografi, kesuburan bermaksud kelahiran anak sebenar, bukan kemampuan fizikal untuk melahirkan anak, iaitu kefekunan.[1][2] Kesuburan boleh diukur, tetapi kefekunan pula tidak. Ahli demografi mengukur kadar kesuburan dengan pelbagai cara, tetapi pada umumnya terdiri daripada ukuran "jangka masa" dan ukuran "kohort". Ukuran "jangka masa" merupakan keratan rentas kependudukan dalam setahun; manakala data "kohort" pula mengikuti follows orang-orang yang sama sepanjang berpuluh-puluh tahun. Kedua-dua ukuran jangka masa dan kohort digunakan secara meluasd.[3]

Ukuran jangka masa

  • Kadar kelahiran kasar (KKK) - bilangan kelahiran hidup dalam setahun per 1,000 orang yang hidup pada pertengahan tahun itu. Penunjuk ini ada satu kelemahan itu dipengaruhi oleh struktur usia kependudukan.
  • Kadar kelahiran am (KKA) - bilangan kelahiran dalam setahun dibahagi dengan bilangan wanita berusia 15–44 tahun, darab 1000. Tertumpu kepada ibu berpotensi sahaja, dan mengambil kira taburan usia.
  • Nisbah anak-wanita (NAW) - nisbah bilangan anak bawah umur 5 tahun kepada bilangan wanita 15-49 tahun, kali 1000. Sangat berguna untuk data bersejarah kerana tidak memerlukan kiraan kelahiran. Ukuran ini sebenarnya gabungan, kerana melibatkan kelahiran dan kematian juga. (Ertinya, disebabkan kematian bayi, sebilangan kelahiran tidak diambil kira; dan disebabkan kematian dewasa, sebilangan wanita yang melahirkan anak juga tidak diambil kira.)

Ukuran kohort

  • Kadar kesuburan khusus umur (KKKU) - bilangan kelahiran dalam setahun kepada wanita dalam kelompok usia lima tahun, dibahagi dengan jumlah wanita dalam kelompok usia berkenaan, darab 1000. Kelompok usia biasanya adalah 10-14, 15-19, 20-24, dsb.
  • Kadar jumlah kesuburan (KJK) - jumlah anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita sepanjang hayat jika mengalami kadar kelahiran khusus umur wanita yang lazim. KJK bersamaan dengan jumlah untuk semua kelompok usia lima tahun, darab dengan setiap kadar KKKU; ataupun mencampurkan KKKU untuk kelompik 10-14, 15-19, 20-24, dsb, kemudian darab 5 (untuk meliputi selang 5 tahun).
  • Kadar Pembiakan Kasar (KPK) - bilangan bayi perempuan yang dilahirkan oleh satu kohort sintetik. Dianggap bahawa semua bayi perempuan itu akan membesar hingga sekurang-kurangnya 50 tahun.
  • Kadar Pembiakan Bersih (KPB) - KPB bermula dengan KPK dan menambah anggapan realistik bahawa sesetengah wanita akan mati sebelum usia 59 tahun; oleh itu mereka tidak akan hidup untuk melahirkan sebilangan bayi berpotensi yang terkira dalam KPK. KPB sentiasa lebih rendah daripada KPK, tetapi di negara-negara yang jumlah kematiannya sangat sedikit, hampir semua bayi wanita membesar untuk menjadi ibu berpotensi, jadi KPB menjadi lebih kurang setara dengan KPK. Di negara-negara yang tinggi jumlah kematiannya, KPB mungkin serendah 70% KPK. Apabila KPB = 1.0, setiap generasi 1000 bayi perempuan membesar lalu melahirkan 1000 bayi perempaun setepat-tepatnya. Apabila KPB kurang daripada satu, maka setiap generasi kurang orangnya daripada generasi yang sebelumnya. Apabila KPB lebih daripada satu, setiap generasi lebih orangnya daripada generasi yang sebelumnya. KPB ialah ukuran potensi pertumbuhan penduduk masa depan dalam jangka masa panjang, tetapi selalunya berlainan daripada kadar pertumbuhan penduduk semasa.

Model Komponen Kesuburan Bongaarts

John Bongaarts mengusulkan satu model yang mana kadar jumlah kesuburan sesebuah kependudukan boleh dihitung daripada jumlah kefekunan (JF) dan empat penentu langsung: indeks perkahwinan (Cm), indeks cegah hamil (Cc), indeks pengguguran cetusan (Ca) dan indeks ketakfekunan postpartum (Ci). Indeks-indeks tersebut adalah bernilai dari 0 hingga 1. Lebih tinggi indeksnya, maka lebih tinggi KJK-nya. Contoh: sesebuah populasi yang tiada pengguguran cetusan akan mencatat Ca 1, tetapi yang mana menggunakan cegah hamil yang maksum akan mencatat Cc 0.

KJK = JF × Cm × Ci × Ca × Cc

Keempat-empat indeks tersebut juga boleh digunakan untuk menghitung Jumlah Kesuburan Nikah (JKN) dan Jumlah Kesuburan Semula Jadi (JKS).

KJK = JKN × Cm

JKN = JKS × Cc × Ca

JKS = JF × Ci

PersetubuhanLangkah yang pertama ialah persetubuhan seks, dan pemeriksaan purata usia sewaktu persetubuhan pertama, purata kekerapan luar nikah, dan purara kekerapan dalam nikah.PenghamilanSeseorang wanita mungkin tidak boleh mengandung atas keadaan-keadaan fizikal tertentu, iaitu "ketakfekunan luar kawal." Jika wanita itu ada keadaan yang membolehkan kehamilan, tetapi tidak mungkin mengandung, ini namanya "kesubfekunan." Penyakit kelamin (terutamanya gonorea, sifilis, dan klamidia) merupakan punca-punca utamanya. Khasiat juga menjadi faktor penting, kerana wanita yang lemak badannya kurang daripada 20% mungkin menjadi subfekun; ini adalah membimbangkan bagi golongan atilt dan sesiapa yang terdedah kepada anoreksia. Ahli demografi, Ruth Frisch pernah berhujah bahawa "Penghasilan bayi memerlukan 50,000 kalori". Wanita yang baru melahirkan anak juga akan mengalami kesubfekunan dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, tetapi ini mungkin berpanjangan kerana penyusuan ibu.KehamilanSelepas janin jadi, ia mungkin bertahan sehingga lahir, ataupun sebaliknya. "Kematian janin luar kawal" melibatkan keguguran dan kelahiran mati. Kematian janin terkawal pula dipanggil "pengguguran".

Rujukan

WikiPedia: Kesuburan http://www.smh.com.au/lifestyle/wellbeing/fat-men-... http://www.gfmer.ch/Books/Reproductive_health/The_... http://www.duofertility.com/en/my-body/my-cycle/my... http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0015-... http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0531-... http://www.enotes.com/public-health-encyclopedia/f... http://findarticles.com/p/articles/mi_m1077/is_1_6... http://www.infertile.com/inthenew/sci/maleage.htm http://www.marchofdimes.com/professionals/14332_11... http://www.questia.com/read/105014031